Thursday, October 21, 2010

AUDIT SEJARAH ISLAM DAN TOKOH-TOKOHNYA

1. KISAH THA’LABAH BIN HATIB AL-ANSARI
-PEMBOHONGAN-
popular kisahnya yg miskin,minta didoakan oleh Nabi saw supaya menjadi kaya. Akhirnya sibuk dgn kekayaannya,tidak lagi solat berjemaah. Beliau juga enggan membayar zakat di zaman Rasulullah saw. Khalifah Umar dan Ali pun enggan menerima ‘taubat’nya utk berzakat dan akhirnya beliau mati di zaman pemerintahan Khalifah Uthman. Beliau sering dijadikan contoh buruk org munafik yg tidak mahu membayar zakat.
-HAKIKATNYA –
1. Al-Hafizd Ibnu Hajar al-Asqolani mengatakan bahawa Beliau merupakan sahabat yang mulia dan terlibat dlm Perang Badar dan Syahid dlm peperangan Uhud ( rujuk kitab al-Isabah 1/206 )
2. Imam Ibnu Hazm menganggap kisah ini bathil tanpa syak ( rujuk kitab al-Muhalla 12/137 )
3. Ibnu Abd al-Barr, al-Haithami, syeikh Ahmad Muhammad Syakir dan al-Albaani juga mengkritik kisah ini.
4.Syeikh Adab bin Mahmud al-Himsy menulis buku khas membersihkan fitnah terhadap Tha’labah al-Ansari Radiyallahu anhu.

2. CERITA YAZID BIN MUAWIYAH MEMBUNUH CUCU RASULULLAH SAW IAITU HUSSAIN BIN ALI
-PEMBOHONGAN-
Yazid bin Muawiyah mewarisi kepimpinan khalifah daripada ayahnya Muawiyah bin Abu Sufyan. Beliau seorang yang terkenal dengan sifat2 tercela dan zalim. Dikatakan memancung kepala Hussain dan menganjurkan perlawanan ‘bola sepak’.
-HAKIKAT-
1. Beliau tidak termasuk di kalangan yg terkenal dengan agama dan kesolehan tetapi seorang yang berani dan murah hati. ( rujuk Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyyah 2/253)
2. Beliau menangis atas kematian Hussain Bin Ali dan melaknat pembunuhnya. Mempunyai hubungan yang baik dengan anak Hussain iaitu Ali bin Hussain dan selalu berutus surat dengannya. Bahkan Ali bin Hussain menganggap Syiah di Kufah yang telah membunuh ayahnya. Yazid Cuma dipertikai kerana tidak melaksanakan hokum qisas terhadap pembunuh Hussain. ( rujuk Minhaj As-Sunnah 2/49 )
3. Ibnu al-Solah mengkritik fitnah terhadap Yazid dan mengatakan Gabenor Iraq yang sebenarnya membunuh Hussain iaitu Ubaidullah bin Ziyad ( rujuk Qaid al-Syarid Min Akhbar Yazid m/s 57)

3. RIWAYAT BURUK MENGENAI KHALIFAH HARUN AR-RASYID ( W 193 H )
-PEMBOHONGAN-
Khalifah yang terkenal dengan hobi yg suka berfoya2 dan sering ditipu oleh Abu Nawas yang cerdik pandai itu.
-HAKIKAT-
1. Beliau seorang Khalifah yang suka berdamping dengan para ulama dan auliya’ spt Fudhail bin Iyad, Ibn al-Sammak dan sering berutus surat dengan Sufyan at-Thauri. Beliau kuat beribadah,menjaga solat dan hadir Solat Subuh pada awal waktunya ( rujuk Mukaddimah Ibn Khaldun m/s 17 )
2. Abu Nawas ( nama sebenarnya : al-Hassan bin Hani’) yg terkenal cerdik / lucu / pintar itu sebenarnya orang yg rosak agamanya dan sering memuji arak dan perempuan dlm syair2nya ( rujuk al-‘asr al-abbasi al-awwal m/s 220 dan al-Muntalaq al-Asasi fi al-tarikh al-islami m/s 42 )

4. KISAH THORIQ BIN ZIYAD MEMBAKAR KAPAL TENTERA ISLAM DI ANDALUS
-PEMBOHONGAN-
Beliau telah membakar kapal tentera Islam setelah mendarat di Sepanyol. Beliau melakukan hal tersebut supaya tentera Islam tidak perlu fikir untuk pulang lagi...pilihan hanya 2 samada Menang atau Syahid.
-HAKIKAT-
1. Kisah ini dibantah oleh Syeikh Mahmud Syakir ( ulama Hadis al-azhar ) dalam penulisannya al-Muntalaq al-Asasi fi al-tarikh al-islami )
p/s : saya memohon maaf juga kerana memetik kisah ini semasa menyampaikan tazkirah Ramadhan yang lalu di Pusat Islam tanpa menyemak kesahihan kisah tersebut. Moga Allah mengampunkan kelalaian saya.

5. SAIDINA UMAR MENANAM ANAK PEREMPUANNYA HIDUP-HIDUP SEMASA JAHILIAH
“... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. la menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar menutupkan mata dan terfikir, “Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” la menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. “Umar, jangan jadi pengecut,” tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali di telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir ...” ( PETIKAN DARIPADA KISAH UMAR )
BENARKAH KISAH INI..? NANTIKAN SAMBUNGANNYA SIRI 2 INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment