Showing posts with label FIKRAH. Show all posts
Showing posts with label FIKRAH. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

RAMADHAN, MERDEKA & H1N1



RAMADHAN

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah difardhukan ke atas kamu sebagaimana ia telah difardhukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sayangnya Allah kepada kita, diberikan-Nya satu bulan dalam setahun, untuk kita belajar mencapai TAQWA. Bekalan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Apakah yang diajar oleh puasa, agar meningkat nilai taqwa? Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan pelajaran. Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan latihan. Tetapi ketika kita ada segalanya untuk dimakan, namun kita memilih untuk tidak makan, kerana mentaati Allah, itulah latihan. Ia adalah latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat tingkatkan daya kawalan diri!
Itulah Taqwa. Kawalan kehendak-kehendak sendiri untuk selamatkan diri, rumahtangga, anak dan bini. Bersiap sediakah kita menyambut Ramadhan? Sudah mulakah langkah perubahan? Atau masih ditakuk lama tanpa apa-apa usaha ke arah keadaan yang diredhai Tuhan? Ego sungguh manusia pada Tuhan!

MERDEKA

Rata-rata rakyat Malaysia mengerti makna Kemerdekaan sekadar ulangtahun bebasnya Malaya dari penjajahan British, full stop! Ini satu kesilapan besar dalam memahami erti kemerdekaan. Kemerdekaan perlu diisi dengan usaha-usaha memajukan diri dengan ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung dapat memajukan masyarakat dan negara kita yang tercinta ini. Tanpa ilmu, kita akan terus berkiblatkan Barat dan bertuhankan mereka. Malah lebih barat dari barat. Apa-apa sahaja yang datang dari barat akan ditelan bulat-bulat. Malah, sekiranya seluruh wanita barat itu bertudung litup tidak mustahil para pendukung barat di negara kita akan turut bertudung dek kerana idola mereka bertudung di sana!
Bagaimanakah Islam mendefinisikan ’kemerdekaan’? Lihat sahaja dialog di antara Rib’ie bin ’Amir ketika ditanya oleh Rostum, Panglima Tentera Parsi ketika Tentera Islam menghadapi Tentera Parsi. Rostum bertanya, ”mengapakah kamu orang Arab datang ke negeri kami? Adakah kamu kekurangan makanan? Adakah kamu kekurangan bantuan? Supaya kami boleh membantu kamu?
Lihatlah apa yang dijawab oleh Rib’ie, jawapan inilah merakamkan erti sebenar kemerdekaan seorang insan bernama Muslim. Kata Rib’ie :

”Allahlah yang menghantar kami, supaya kami dapat mengeluarkan sesiapa yang Allah kehendaki, daripada mengabdikan diri kepada sesama hamba hanya mengabdikan diri kepada Allah Yang Esa ; daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam ; daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”

Apabila kita faham asas ini, maka kita seharusnya memahami erti kemerdekaan yang sebenar adalah memimpin setiap manusia ke arah jalan Tuhan dan bebaskan diri kita daripada mempertuhankan nafsu dan sesama manusia.
Masih hisap rokok baratkah? Masih berfesyen baratkah?masih berfikiran baratkah?anak-anak dan isterimu kenal Tuhan tak? Rasul jadi panduan atau artis jadi pujaan? Jauh sungguh kita dari Allah dan Rasul!

H1N1

Inilah fenomena yang menyebabkan ramai yang ’berpurdah’ walaupun tak bertudung dek kerana takut mati. Saya anggap ini sebagai bala dari Allah. Setiap hari kematian meningkat, tapi iman kita bagaimana? Meningkat tak? Atau masih di zon selesa menyalahkan kewujudan ’kerbau pendek’ di mana-mana! Kematian di sekeliling kita seharusnya membawa kita dekat pada Tuhan. Taubatlah, tiada apa yang menghalangmu daripada taubat. Hiduplah dengan rasa ”berTuhan” sebelum kafanmu menyelumuti badan. Cuba insafi hadis ini:

”Apabila harta baitul mal tidak dibahagi kepada yang hak,dan amanah menjadi tawanan perang,dan zakat dipandang sebagai denda,belajar ilmu agama bukan kerana Allah,suami taatkan isteri,derhaka kepada ibubapa,bersuara keras di dalam masjid,orang-orang fasik menjadi ketua,orang yang hina menjadi pemimpin,dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya,ramai penyanyi-penyanyi wanita,banyak alunan alat-alat muzik bertali,diminum arak daripada pelbagai jenis,orang Islam kemudian melaknat orang Islam yang awal; maka apabila berlaku perkara-perkara itu tunggulah turunnya angin taufan yang dasyat,gempa bumi,sedutan bumi,bertukar rupa manusia keapa kera dan babi,lontaran-lontaran azab,dan azab akan turun satu lepas satu seperti rantai manik yang telah putus dan terburai.”
(HR Tirmidzi )

Ya Allah ampunilah dosa kami!!

Artikel ini dikeluarkan untuk Buletin JPA siri ke 17/2009




Wednesday, August 19, 2009

TUGASAN YANG MENGGEMBIRAKAN


Pada tahun ini, setelah agak lama berstatus anak yatim tanpa 'ayah',akhirnya Politeknik Merlimau menerima seorang pengarah baru. seorang yang idealis dan tinggi cita-citanya. Menjadi pengarah Politeknik Merlimau yang telah berstatus 'ceri di atas kek' sememangnya memerlukan kerja keras untuk mempertahankannya. inilah politeknik yang pertama dianugerahi persijilan kualiti 5S dan sekarang akan dipacu pula untuk anugerah kualiti perdana menteri. Bukan sedikit masa dan tenaga diperlukan oleh semua staf untuk mencapai wawasan itu dalam keadaan sibuk, sibuk dan sibuk. Tugas sampingan jadi tugas utama dan mengajar jadi tugas kedua. Semua itu perlu semangat dan disiplin pengurusan masa yang cukup tinggi. Tanpa semangat 'kerja itu ibadah dan dakwah', mustahil semua itu mampu diteruskan.

Saya melapor diri di sini pada awal Ramadhan tahun lepas. Sabtu ini insyaallah bertemu sekali lagi Ramadhan memberi makna sudah hampir satu tahun saya berkhidmat di sini. pelbagai tanggungjawab diberikan- pensyarah modul,penyelaras modul,imam dan penceramah Pusat Islam,pegawai kualiti,juruaudit dalaman,jawatankuasa ICT,wakil Unit Multimedia,editor Buletin Jabatan,Jawatankuasa Penerbitan dan bla bla..sebagai ayah dan suami di rumah..!!

hasilnya..?

"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup,Wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri,Dengan Rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekelip mata tanpa mendapat pertolongan dari-Mu"

semoga doa yang diajar oleh Rasulullah saw ini mampu memberi saya kekuatan mengurus semua itu.

Semenjak pengarah baru mula menjalankan tugas, banyak program dan aktiviti yang dijalankan. saya tidak berminat menceritakan segala yang dirancang tetapi saya tertarik dengan salah satu 'tugasan' wajib pengarah kepada setiap pensyarah iaitu membuat ulasan buku ilmiah sekurang-kurangnya tiga buah buku sebulan. Setiap ulasan yang dihantar akan dipilih untuk dibentangkan semasa perhimpunan bulanan. Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan tugas wajib ini. Ini secara tidak langsung memupuk pembudayaan ilmu yang sangat baik. Sekurang-kurangnya sahabat-sahabat sejawatan dengan saya tidak lagi berada di zon selesa membuat perkara sia-sia bagi sesetengah orang. Sebenarnya saya telah mulakan tugasan membuat ulasan buku kepada pelajar-pelajar saya bermula pada semester lepas lagi.

Tugasan Pengarah kepada kami ini memberi peluang kepada saya untuk mengenengahkan ulasan terhadap buku ilmiah yang bermanfaat dan berkualiti dari sudut penulis yang kompeten, fakta yang sahih dan pemahaman yang tepat. Saya telah memilih buku bertajuk “MENANGKIS PENCEMARAN TERHADAP AGAMA & TOKOH-TOKOHNYA” yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Berikut adalah ulasan saya terhadap buku beliau :

Buku tulisan Dr Asri Zainul Abidin ini cuba membersihkan maklumat-maklumat salah mengenai Islam yang terdiri daripada hadith-hadith yang palsu dan riwayat-riwayat yang tertolak. Ia datang daripada pelbagai sumber, seperti para penceramah yang tidak memegang disiplin ilmu, buku-buku sufi, maulid, sirah, Syiah dan riwayat israiliyyat. Demikian juga maklumat-maklumat salah mengenai tokoh-tokoh Islam, seperti para sahabat, khalifah dan ulama. Garis panduan mengelakkan kita terjerumus dalam kesilapan fakta juga dijelaskan oleh penulis.
Buku ini terdiri daripada tiga bab utama iaitu AMANAH ILMU, SUMBER-SUMBER AGAMA YANG PERLU DITELITI dan MENYEMAK BERITA MENGENAI TOKOH AGAMA DAN UMAT.
Dalam bab yang pertama, penulis menekankan kepada kita tentang kewajipan memastikan kesahihan maklumat. Ini merupakan satu disiplin yang perlu ada pada setiap pengkaji dan penuntut ilmu agar maklumat yang dibaca atau dikaji diyakini bersumber kepada fakta dan dalil yang benar. Ilmu sesekali tidak dibina di atas dasar sangka-sangkaan. Ilmu-ilmu yang berkaitan kehidupan manusia seperti sains memerlukan hasil kajian berpandukan fakta dan angka yang tepat, apatah lagi ilmu agama yang diturunkan oleh Tuhan untuk menjadi panduan manusia lebih perlu dipelihara ketulenannya. Penulis memberikan beberapa langkah yang perlu diambil oleh penuntut ilmu sebagai disiplin penapisan maklumat dan mengenal pasti sumber-sumber pembawa berita yang terkenal membawa maklumat-maklumat agama yang tidak tulen seperti golongan fasik, ahli bidaah, musuh-musuh dakwah, golongan taasub dan hasad. Mereka ini terkenal sebagai golongan yang banyak melakukan penyelewengan fakta mengenai tokoh, sejarah dan teks-teks agama.
Sebagai seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis, penulis telah membuat beberapa kritikan ilmiah terhadap sumber-sumber agama yang kurang diteliti oleh para penuntut ilmu sehingga berlaku banyak penyelewengan fakta terhadap agama, sejarah dan tokoh-tokoh yang terlibat. Hal ini disentuh secara mendalam dalam bab yang kedua. Penulis turut memberikan beberapa contoh yang terkini melibatkan individu-individu tertentu yang tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam atau sekadar sebulan dua di pusat pengajian tertentu kemudiannya muncul di tengah masyarakat dengan membawa huraian-huraian yang salah tentang Islam di sana-sini. Penulis menyatakan kekecewaannya berkenaan fenomena ini kerana kesannya, manusia mengambil agama daripada golongan jahil lalu berlaku penyelewengan dalam agama. Penulis agak tegas apabila membicarakan soal Syiah iaitu satu kumpulan yang taasub dan banyak penyelewengan fakta telah mereka lakukan dalam sejarah Islam semata-mata ingin menegakkan ideologi sesat mereka. Jenayah-jenayah ilmiah yang dilakukan oleh puak Syiah dihuraikan secara terperinci oleh penulis.
Dalam bab yang ketiga, penulis memberikan beberapa contoh fakta atau cerita yang popular dalam masyarakat di mana hakikat disebaliknya adalah cerita yang tidak tulen dan tidak ada sumbernya sama sekali. Di antara kisah yang popular ialah kisah seorang sahabat yang bernama Tha’labah yang enggan membayar zakat setelah kaya hasil doa Rasulullah SAW untuknya. Tha’labah asalnya seorang yang miskin dan meminta kepada Rasulullah SAW agar mendoakannya agar menjadi seorang yang kaya. Setelah menjadi seorang yang kaya, Tha’labah berubah dan enggan menunaikan perintah Allah dan Rasul. Akhirnya Tha’labah dikecam oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Inilah kisah yang diimani oleh ramai penuntut ilmu dan merupakan kisah yang popular menghiasi ceramah-ceramah agama dalam masyarakat. Hakikatnya ia merupakan fitnah yang besar terhadap sahabat Rasulullah SAW dan menurut sumber yang sahih Tha’labah merupakan salah seorang syuhada yang gugur di medan Uhud. Banyak lagi contoh-contoh yang dikemukakan oleh penulis di dalam bab ini yang melibatkan tokoh-tokoh dalam Islam.
Di dalam bab yang terakhir, penulis menekankan betapa penting para penuntut ilmu meneliti dan menilai fakta-fakta ilmu terutamanya ilmu agama agar ketulenan agama dan tokoh-tokohnya dapat dipelihara dan kekal ketulenannya sepertimana agama ini diturunkan kepada kita. Tanpa ada disiplin ilmu ini, sudah tentu akan berlaku banyak hasil pandangan dan pegangan yang tidak tepat hasil sumber ilmu yang tidak sahih. Penulis turut menyatakan contoh-contoh yang berlaku dalam agama wahyu seperti Yahudi dan Kristian yang tidak lagi tulen dan tertolak pegangan mereka hasil tokok tambah tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab sehingga agama dari langit itu hilang ketulenannya.

biodata penulis buku :

Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ph.d. Lahir pada tahun 1971. Sekarang sebagai Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM dan sedang menjalani cuti sabatikal di United Kingdom. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya di Kolej Islam Klang. Memperoleh B.A ( Hons ) Bahasa Arab & Syariah dari University Of Jordan dan mendapat 5 Ijazah Sanad Hadis menerusi jalur ulama India (2001). Kemudian mendapat Sarjana Pengajian Islam di USM dan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengajian Hadith dari Universiti Islam Antarabangsa. Pernah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008). Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang akademik dan dakwah, beliau mendapat beberapa anugerah seperti Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H, Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H dan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H. Beliau telah menghasilkan 22 buah buku ilmiah dan 44 kertas kerja dalam pelbagai seminar peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau juga aktif menulis dan merupakan Kolumnis Tetap Mingguan Ruangan Pena Mufti, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA. (11 Mac 2007-30 Nov 2008). Kolumnis Tetap Minda DR. MAZA dari UK, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA (13 Disember 2008- sekarang) Pemilik Laman Web ‘MINDA TAJDID’ : drmaza.com.

Tuesday, August 18, 2009

BERAMAL DENGAN ILMU YANG SOHIH


Setakat tulisan ini ditulis, banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Terlalu banyak peristiwa yang penting dan harus dicatat sebagai sejarah kehidupan manusia. Terlalu banyak hikmah-hikmah yang tersirat di setiap peristiwa yang Allah aturkan untuk difikirkan oleh golongan ulul albab. Setiap kali bercadang menulis blog, saya kagum melihat istiqomah dan kesungguhan para ulamak, cendekiawan, para pejuang dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mencurah ilmu untuk dikongsi bersama di blog masing-masing. Semua peristiwa dan fakta didepani kalam Allah dan sabda Rasullullah saw. Inilah sifat orang yang beriman, setiap perkara yang berlaku perlu dirujuk kepada dua asas tersebut. Firman Allah :

59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.( an-nisa :59 )

Bermula dengan penularan wabak H1N1 yang setakat ini telah meragut 67 nyawa di Malaysia, masyarakat mula kaget dan mula mencapai apa sahaja sebagai perisai dan pendinding daripada wabak membunuh tersebut. Wanita yang selama ini memandang remeh ancaman-ancaman Allah terhadap mereka yang tidak menutup aurat tanpa segan silu terus ’berpurdah’ dek kerana bimbang virus selsema babi itu masuk ke dalam lubang hidung mereka. Mereka yang selama ini tidak tahu kewujudan masjid atau surau berdekatan rumah mereka berbondong-bondong ke rumah Allah untuk bersolat hajat dan mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam. Mereka yang selama ini gemar melancong ke pasaraya tak kira malam atau siang mula mengurung diri di dalam rumah kerana takutkan kematian.

Manusia yang mula hilang punca akan kembali kepada Allah. Itulah fitrah seorang manusia akan kembali kepada Tuhan apabila berada di saat-saat genting. Namun apabila kembali kepada Allah dalam keadaan jahil, maka banyaklah kesilapan dan kelompangan berlaku di sana sini. Di antaranya penyebaran doa yang kononnya mampu menangkis wabak yang membunuh itu. Malangnya doa itu bukan sahaja tiada dalam al-Quran dan Hadis malah mengandungi unsur syirik kerana lafaz tawassul ke atas manusia yang telah mati iaitu Rasulullah saw, Fatimah ra, Ali ra, Hasan serta Hussain. Secara umum dapat dilihat golongan yang mereka doa ini. Sila rujuk gambar di atas.

Begitulah sifat musuh Islam seperti Syiah ini. Mereka bertopengkan pembela ahlu Bait ( keluarga nabi saw ) tetapi kerja mereka adalah kerja syaitan atas nama Tuhan. Semoga kita dijauhkan daripada fitnah mereka dalam beragama.

Saya berharap golongan-golongan yang arif dapat mendahulukan amalan-amalan yang sohih daripada al-Quran dan as-Sunnah di dalam masyarakat dengan pantas dan tepat supaya unsur-unsur seperti ini tidak lagi timbul. Agak malang sekiranya kita mengkaji sikap masyarakat kita dalam beragama. Mereka gemar sesuatu yang khusus dan ada unsur-unsur yang pelik dan ajaib dalam beramal. Contohnya doa dan zikir yang diajar oleh Rasulullah saw hanya memerlukan untuk dibaca pada waktu-waktu tertentu agak kurang diminati untuk diamalkan. Tetapi sekiranya zikir atau doa tersebut perlu dibaca dengan aksi-aksi tambahan seperti menghembus kiri dan kanan, membuat jurus atau ada diselitkan nama-nama tertentu seperti syeikh abdul Qadir dan bermacam-macam versi lagi, maka inilah amalan yang dipilih kerana ada unsur ’superpower’ dan agak luar biasa. Sedangkan amalan doa dan zikir yang ada unsur-unsur tambahan ini kebanyakannya tidak bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah tetapi amalan yang diwarisi turun temurun. Barangkali amalan ini bersumber daripada nenek moyang kita sebelum Islam dengan lafaz jampi dan mentera kemudian diperindah oleh golongan terkemudian dengan lafaz-lafaz arab supaya ada unsur-unsur Islam di dalamnya. Betapa kreatifnya golongan yang mereka amalan tersebut. Akhirnya hilanglah ketulenan amalan Islam yang sohih dan berlakulah campur aduk antara agama dan kepercayaan khurafat.

Pengajaran daripada peristiwa ini, hendaklah kita sentiasa berdamping dengan ilmu yang sohih bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah serta kefahaman para sahabat supaya setiap perbuatan dan amalan kita ada petunjuk yang jelas dan tepat. Ia sebagai langkah yang utuh untuk menangkis segala bentuk syubhat dan fitnah yang ditimbulkan oleh golongan musuh-musuh agama. Firman Allah :


1. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(al-hujurat : 1)



Wallahu a’lam

Monday, August 10, 2009

KEJAHATAN YAHUDI DAN KELEMAHAN KAUM MUSLIMIN


Satu-satunya agama di dunia ini yang tidak pernah menyeru dan mengajak umat manusia lain supaya menganut agama mereka sepertimana gerak kerja agama-agama di dunia adalah agama yahudi. Ini kerana, orang-orang yahudi menganggap bangsa mereka adalah pilihan Tuhan dan selain daripada mereka adalah haiwan. Agama yahudi hanya untuk bangsa yahudi dan matlamat mereka hanya satu iaitu menghapuskan semua agama dan bangsa kecuali Yahudi!! Hal tersebut jelas di dalam Kitab Talmud ( baca : Taurat yang telah ditokok tambah ) yang menjadi pegangan mereka.

Rekod kejahatan mereka dirakam jelas di dalam al-Quran dan sejarah. Mereka membunuh para anbiya, merancang pembunuhan nabi Isa a.s sehingga baginda diangkat ke langit, menyihir dan meracun Rasulullah saw sehingga Allah menyelamatkan baginda daripada kejahatan mereka, menokok tambah agama-agama wahyu sehingga hilanglah ketulenan agama dan mewujudkan aliran-aliran pemikiran baru seperti syiah ( diasaskan oleh seorang yahudi bernama Abdullah bin Saba ) yang memecahbelahkan kaum muslimin. Mereka jugalah yang membuat konspirasi jahat membuka laluan bagi tentera Mongol menyerang dan menguasai wilayah-wilayah yang makmur dibawah naungan Islam.

Sehingga sekarang, agenda Yahudi tetap diteruskan. Anak-anak mereka didoktrin supaya membenci Islam. Sehingga lirik lagu tadika turut menanam kebencian yang mendalam seperti : ” Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam.!”. Kanak-kanak mereka juga dibawa melawat ke tapak pelancaran roket tentera Israel untuk menulis “ucapan” dan “ayat-ayat cinta” pada roket-roket tersebut sebelum dilancarkan ke wilayah kaum muslimin. Matlamat mereka di Palestin adalah membina semula Solomon Temple yang terletak di bawah tapak masjid al-Aqsa. Setelah semua bangsa yahudi dari pelusuk dunia berkumpul di baitul maqdis, mereka akan menanti Messiah ( baca : Dajjal ) yang akan muncul dan memimpin mereka menghapuskan semua agama dan bangsa selain bangsa Yahudi. Inilah aqidah dan matlamat mereka!

Kejahatan yahudi yang diceritakan di dalam al-Quran jelas wujud secara REALITI sehingga sekarang. Sedangkan kehebatan, kekuatan, kesatuan dan kemenangan kaum muslimin yang diceritakan di dalam al-Quran hanya wujud sebagai ILUSI. Al-Quran tidak pernah bohong, tetapi yahudi mengkaji al-Quran dan kaum muslimin meninggalkan ajarannya. Inilah teorinya. Merujuk kepada sejarah, Yahudi pernah dikalahkan dan dihina di dalam peperangan Khaibar di utara Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah saw. Maksudnya di sini, yahudi hanya dapat dikalahkan oleh kaum muslimin yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan mengamalkan seluruh sunnah Rasulullah saw!

Malangnya, keadaan umat Islam jauh berbeza. Al-Quran sekadar dipertandingkan, dijadikan jampi dan tangkal, aksesori hantaran kahwin dan pelbagai lagi perkara yang tidak diajar oleh Rasulullah saw. Sunnah-sunnah nabi pula tidak mendapat tempat di dalam masyarakat. Petua-petua orang lama lebih ditaati dan dipatuhi walaupun ada unsur syirik dan khurafat. Mesyuarat tepi jamban lebih meriah daripada khutbah jumaat, Solat berjemaah meriah kalau ada makan-makan, kuliah agama menjadi pentas mencungkil bakat penceramah yang pandai berseloka atau berlawak jenaka. Kisah-kisah al-Quran tidak dihayati sebaik-baiknya seperti kisah nabi Nuh a.s memasak bubur ( israiliyyat : cerita-cerita dongeng orang yahudi ) lebih popular berbanding dakwahnya hampir 1000 tahun menyeru umat mentauhidkan Allah. Selagi penyakit-penyakit ini tidak diubati, yahudi tidak akan dikalahkan kerana ILUSI sampai bila-bila tidak mampu mengalahkan REALITI. Renungkanlah hadis nabi saw :

“Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka. Sahabat bertanya : “ adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?” Nabi menjawab, “ Tidak, pada ketika itu bilnagn kalian ramai namun kalian adalah seperti buih di lautan dan Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan Wahan ke dalam hati kalian. Sahabat bertanya, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati.”
( Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad )

(Artikel ini ditulis untuk Buletin JPA edisi 3/Jan 2009 )

PEPERIKSAAN : Dunia dan Akhirat


Peperiksaan”.. Satu istilah yang menyebabkan kita semua menjadi sibuk dan penat. Pelajar sibuk membuat persediaan akhir, ibu bapa barangkali sibuk juga mendoakan kejayaan anak-anak mereka, petugas peperiksaan pula sibuk menyemak jadual tugasan mengawas dan dalam masa yang sama menghitung hari untuk mengecap nikmat cuti yang agak panjang untuk kali terakhir!

Saya teringat zaman persekolahan dahulu, setiap kali kami masuk dewan peperiksaan, ustaz kami akan membaca doa : Allahumma najjahna fil imtihaanina fid dunya wal aakhirah.. ( Ya Allah, kurniakanlah kami kejayaan dalam peperiksaan kami di dunia dan di akhirat ) Doa ini ringkas tapi besar pengertiannya.

Barangkali doa ini ada dua maksud. Yang pertama untuk bangkitkan iman kami yang agak nakal pada waktu itu supaya rasa ”diawasi” Tuhan ketika menjawab soalan. Dan yang kedua, hidup kita ini sebenarnya sepanjang masa menduduki peperiksaan Tuhan! Sama ada melanggar peraturan secara sembunyi atau nyata, membuat persediaan rapi untuk menjawab soalan dan berhenti menjawab apabila masa yang ditetapkan tamat. Saya selalu berangan agar setiap manusia menghayati maksud doa ini tetapi ”memberi hidayah” tetap pekerjaan Tuhan.

Setiap amal perbuatan kita akan diberi markah ( pahala ), sama ada kita sedar atau tidak. Dan setiap perbuatan dosa akan dicatat tanpa ada yang tercicir walaupun sebesar zarah. Apabila tiba waktu kematian, kita tidak berpeluang lagi menambah markah kita kerana waktu menjawab telah tamat. Hal ini dirakamkan oleh al-Quran tentang kekecewaan manusia di akhirat nanti yang tidak memanfaatkan masa yang diberi untuk melakukan kebaikan : Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya akan segala yang kami ingkari dahulu maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin. ( as-Sajdah : 12 )

Melainkan tiga talian hayat yang tetap berterusan diberi markah sepertimana disabdakan oleh Nabi SAW : Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya. ( HR Bukhari )

Hidup kita adalah peperiksaan. Selamat menduduki peperiksaan dunia dan akhirat. Dan agak malang, kita tidak diberitahu bila waktunya ”tamat” waktu menjawab.

( artikel ini ditulis unyuk Buletin JPA edisi 2/2008 )

VAKSIN UNTUK VIRUS SOSIAL


Al-Quran merakamkan dan sejarah turut membuktikan gejala sosial terburuk di muka bumi pernah diungguli oleh masyarakat Arab Jahiliah. Mereka mensyirikkan Allah, berzina, membunuh anak perempuan, minum arak, berperang dan bermacam-macam onar yang menyalahi fitrah manusiawi. Di zaman tersebut, kerajaan Romawi dan Parsi yang memiliki bala tentera terhebat dan mampu menumbangkan mana-mana kuasa besar pun tidak berselera untuk meratah jazirah Arab kerana bimbang masyarakat Arab Jahiliah menjadi sebahagian daripada masyarakat mereka dan merosakkan imej bangsa mereka yang bertamadun.

Begitulah hinanya masyarakat Arab Jahiliah. Sehinggalah Allah membangkitkan dari kalangan mereka seorang Rasul yang menerima wahyu ( al-Quran ) yang menjelaskan peraturan Allah dan tanggunggjawab manusia. Akhirnya bangsa yang hina ini menjadi umat yang cukup hebat dan sejarah melakar kisah mereka dengan tinta emas! Mereka menyeru umat manusia supaya tidak mengabdikan diri sesama mereka tetapi mengabdikan diri kepada Allah. Kerajaan yang hebat dan Raja yang angkuh tersungkur rebah kepada mereka. Begitulah Allah memuliakan manusia.

Sekarang, rasul telah wafat. Virus Jahiliah melanda kembali. Umat Islam terpinggir dan terhina walaupun kebanyakkan mereka pemilik bumi yang kaya. Walaupun sakit, mereka menelan dengan rakus racun-racun barat yang semakin hari meratah tubuh mereka. Agama hanya menjadi warisan keturunan dan nama sahaja. Al-Quran menjadi penghias dinding dan tangkal untuk menghalau hantu. Mereka tersesat mencipta pelbagai vaksin untuk menyembuhkan diri. Macam-macam formula yang timbul sehingga ada yang sanggup mevisualkan alam kubur. Mereka buta sebenarnya, kerana vaksin terbaik dan ampuh berada di sisi mereka iaitu Tauhidullah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah! Inilah vaksin rasul merawat masyarakat Arab Jahiliah. Fikir-fikirkanlah..

( Artikel ini ditulis untuk Buletin JPA edisi 1/08 dan pernah dipaparkan dalam Majalah i bil 75/ Januari 2009 )