Bertugas sebagai pengawas peperiksaan merupakan tugas yang agak membosankan bagi sesetengah orang. Bayangkan selama dua jam berada di dalam kelas menghirup udara 'segar' dengan aktiviti yang agak terhad. Sehingga ada pensyarah yang sanggup mengupah rakan sejawatan menggantikan tugasan yang membosankan itu.
biasanya saya bawa buku atau majalah untuk dibelek-belek sambil mengawas peperiksaan.Majalah Milenia Muslim edisi Disember 2009 antara yang sempat disambar. ketika membaca majalah tersebut, saya tertarik dengan ruangan fakta bergambar yang bertajuk "9 Binatang Paling Berbisa". Ia merupakan fakta yang agak menarik untuk dikongsi di sini cuma saya cuba untuk menambahkan beberapa fakta daripada hadis Nabi SAW berkenaan binatang berbisa ini. insyaallah semoga bermanfaat..
Berikut adalah gambar-gambar 9 Binatang Berbisa tersebut :
1. OBOR-OBOR ( BOX JELLYFISH ) - bisanya membawa maut
Obor-obor yang ditemui di perairan sekitar Asia dan Australia adalah di antara yang paling berbisa di dunia.Bisanya menjadi punca kebanyakan kematian di dunia membabitkan 5567 kematian yang direkodkan sejak 1954.Toksinnya akan terus menyerang hati,sistem saraf dan sel kulit.Bisanya yang sangat menyakitkan akan menyerang jantung dan menyebabkan mangsa mati kerana kegagalan jantung.
2. MARBLE CONE SNAIL -siput Pemusnah
Siput yang sangat cantik tetapi boleh membunuh.Ia hidup di kawasan air masin yang mempunyai suhu persekitaran yang panas.Setitik bisanya boleh membunuh lebih 20 orang manusia dan menyebabkan lumpuh,penglihatan kabur dan sesak nafas.
3.DEATH STARKER SCORPION- kala Jengking
Banyak terdapat di Utara Afrika dan Asia Barat.Racun Neurotoxin yang terdapat pada bisanya akan menyerang hati dan saraf menyebabkan mangsa lumpuh,koma dan akhirnya mati.
4.ULAR TEDUNG - mangsa segera mati
Ular ini sejenis ophiophagus iaitu pemakan ular lain atau dikenali sebagai The King Cobra (ophiophagus hannah).Ia terkenal sebagai binatang berbisa yang paling panjang di dunia di antara 5.6 meter. Mangsa akan mati dengan mudah manakala binatang besar seperti gajah akan mati dalam masa tiga jam sahaja.
5.ULAR INLAND TAIPAN - Membunuh dengan satu patukan
Ular ini terdapat di Australia.Hanya dengan satu patukan sahaja ia boleh membunuh kira-kira 100 manusia dewasa kerana bisanya mengandungi 200-400 kali lebih beracun daripada ulat tedung biasa.Bisanya juga mampu membunuh dalam masa 45 minit sahaja.
6.THE BRAZILIAN WANDERING SPIDER - labah-labah pisang
Labah-labah ini tercatat dalam Guinness Book Of World Records 2007 sebagai labah-labah paling berbisa. Bisanya mengandungi neurotoxic dan hanya sebanyak 0.006mg mampu membunuh seekor tikus.
7.STONEFISH - ikan hodoh berbisa
Ia banyak terdapat di perairan tropika,lautan pasifik dan lautan india.bisanya mampu mematikan tisu dan menyebabkan lumpuh.
8.POISON DART FROG - lendirnya berbisa
Banyak terdapat di Utara Amerika Syarikat. Saiznya hanya 5cm tetapi gigitannya mampu membunuh kira-kira 10 orang dewasa dan 20000 ekor tikus.Ini bermakna hanya dengan dua mikrogram lethal toxin mampu membunuh seorang manusia atau seekor binatang besar.
9.BLUE-RINGED OCTOPUS - sotong beracun
Sejenis sotong yang sering ditemui di lautan Pasifik, Jepun dan Australia.Meskipun saiznya hanya sekecil bola golf tetapi racun neurotoxins boleh membunuh 26 orang dewasa dalam hanya beberapa minit sahaja.
PETUNJUK RASULULLAH SAW BERKENAAN BINATANG BERBISA
1.DOA MEMOHON KESELAMATAN
2.RAWATAN SENGATAN
3.MEMBUNUH BINATANG BERBISA
Lima Binatang Fasik
Syaikh Ibnu Utsaimin
Pertanyaan: Saya pernah mendengar tentang kata-kata (binatang fasik yang lima). Apa maknanya? Apakah kita diperintahkan membunuhnya hingga di tanah haram (Makkah)?
Jawaban:
Binatang fasiq yang lima adalah: tikus, kalajengking, anjing gila, burung gagak, dan burung rajawali. Inilah lima jenis binatang yang disebutkan Nabi صلی الله عليه وسلم,
"Lima jenis binatang fasiq yang boleh dibunuh di tanah halal dan haram."(HR. Al-Bukhari dalam al-Hajj (1829); Muslim dalam al-Hajj (1198))
Disunnahkan bagi seseorang membunuh lima jenis binatang ini, dan dia sedang berihram atau satu tempat beberapa mil di dalam tanah haram atau di luar tanah haram beberapa mil; karena mendatangkan penyakit dan bahaya di suatu saat. Dan diqiyaskan (analogikan) kepada lima jenis binatang ini yang serupa dengannya atau lebih berbahaya darinya. Selain ular yang ada di dalam rumah, ia tidak boleh dibunuh kecuali setelah diusir sebanyak tiga kali, karena dikhawatirkan ia adalah jin. Sedangkan al-abtar dan dzu thufyatain, maka ia tetap dibunuh sekalipun ada di dalam rumah; karena Nabi صلی الله عليه وسلم melarang membunuhnya kecuali yang tidak berekor dan dzu thufyatain. (HR. Al-Bukhari dalam Bad'ul Khalq, (32897, 3298); Muslim dalam as-Salam (2233))
Al-Abtar: adalah ular yang berekor pendek, dan dzu thuf-yatain adalah yang memiliki dua garis hitam dipunggungnya. Ini adalah dua jenis ular yang boleh dibunuh secara mutlak. Selain keduanya tidak boleh dibunuh tetapi diusir dahulu sebanyak tiga kali dengan mengatakan kepadanya, "Pergilah dan jangan berada di rumahku," atau kata-kata serupa yang menunjukkan ancaman kepadanya dan jangan dibiarkan tetap berada di rumah. Jika setelah itu ia tetap berada di rumah, berarti ia bukan jin. Atau kalau ia memang jin, berarti ia telah merelakan darahnya; maka saat itu boleh dibunuh. Tetapi jika ular tersebut menyerangnya saat itu, ia boleh membela diri walaupun pertama kali. Dengan menangkis serangannya, bahkan walaupun tindakannya membawa kepada kematian ular itu, atau apabila tidak bisa menghindari serangannya kecuali harus membunuhnya, maka ia boleh membunuhnya di saat itu; karena tindakan itu termasuk membela diri.
Sumber: Fatawa Islamiyah (al-Lajnah ad-Da'imah) Ibnu Utsaimin, 4/450/41. Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 3, penerbit Darul Haq.
Kategori: Aneka Sumber: fatwa-ulama.com
Friday, February 15, 2013
Monday, April 25, 2011
ULASAN: `ULAMA’ UNTUK DISALAMI DAN DIGAMBARI?
1- Kedatangan As-Sudays ke Malaysia sangat dialu-alukan, sebagai seorang cendekiawan Islam, lebih-lebih lagi sebagai Imam di Masjidi l-Haram.
2- Ramai yang mengambil kesempatan kedatangan As-Sudays ini untuk bersalaman dan bergambar dengannya.
3- Adakah ini tuntutan Islam terhadap seseorang `ulama’? Bahkan kepada `ulama’ dan para ilmuwan lain selain daripada As-Sudays, adakah mereka sekadar untuk disalami dan digambari?
4- Tulisan ini mengupas lebih lanjut tentang interaksi antara umat dan `ulama’, semoga ia menjadi panduan yang berguna.
A. `Ulama’ itu diambil ilmunya
5- Ramai yang tersilap dengan kedatangan As-Sudays tersebut, kerana mereka hanya membutuhkan sekeping gambar kenang-kenangan, sebagai bukti bahawa mereka telah bersama dengan Imam Masjidi l-Haram itu.
6- Bahkan As-Sudays itu adalah seorang pemegang PhD dan seorang `ulama’, yang harus diambil ilmunya dan dimanfa`atkan kedatangannya untuk mendalami ilmu agama dan Al-Qur’an..
7- Sangat jahil sesiapa yang berbangga dengan sekeping gambar bersama As-Sudays, tanpa mengambil faedah ilmu daripadanya.
8- Lebih jahil mereka yang sampai bertumbuk, berasak, berebut-rebut semata-mata untuk mengambil gambar As-Sudays itu, hanya sekadar menambah koleksi gambar sahaja!
9- Sangat malang mereka yang hadir bersamanya tetapi tidak memahami kalamnya, tidak mengerti ilmunya, tidak memperelok bacaan Al-Qur’annya.
B. `Ulama’ itu diminta doanya
10- Berapa ramai yang apabila berjumpa dengan As-Sudays, berlumba-lumba untuk bersalam dengan tangannya, dengan harapan semoga ada berkat.
11- Tidakkah masyarakat mengetahuï bahawa keberkatan `ulama’ adalah pada doa yang diucapkannya? Dan bukan pada tangannya.
12- Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang meminta As-Sudays itu berdoa untuk mereka? Kerana doa `ulama’ yang hidup itu adalah lebih mudah diqabulkan.
13- Berapa ramaikah yang setakat mengambil gambar As-Sudays, tanpa mengambil berkat doanya?
14- Berapa ramaikah yang setakat mengambil video dan gambar As-Sudays, tanpa ruh ilmu daripadanya?
15- Saya suka menegur masyarakat yang begitu teruja dengan kedatangan para `ulama’ ke Malaysia, bahawa `ulama’ itu untuk diambil ilmunya dan diminta doanya.
16- `Ulama’ bukan artis untuk digambari, dan bukanlah sekadar untuk disalami.
17- Barangkali ini sebabnya ramai pelajar Malaysia di Timur Tengah yang balik dengan dada kosong, kerana mereka hanya mengambil gambar `ulama’ di sana, dan tidak mengambil ilmu mereka!
18- Sedarlah wahai umat, sedarlah wahai orang-orang yang diberikan peluang bertemu dengan ilmuwan, sarjana dan para `ulama’.
19- Ambillah ilmu mereka, sebelum mereka dicabut nyawanya.
p/s : Mujurlah takde yang berebut cabut janggut syeikh Sudais buat tangkal...
source : adou_fr
Friday, October 29, 2010
AUDIT SEMULA SEJARAH ISLAM DAN TOKOH SIRI 2
BAHAGIAN 2
5. SAIDINA UMAR MENANAM ANAK PEREMPUANNYA HIDUP-HIDUP SEMASA JAHILIAH
“... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. la menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar menutupkan mata dan terfikir, “Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” la menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. “Umar, jangan jadi pengecut,” tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali di telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir ...” ( PETIKAN DARIPADA KISAH UMAR )
Kisah ini sangat popular dan sering dijadikan modal ceramah atau kuliah..hakikatnya derita ini ditolak oleh ahlu hadith dan ahli sejarah.
Di antara alasan yang boleh dikemukakan ialah:
1. Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membuktikan seorang pun daripada qabilah Quraisy pernah menanam anak hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuan sendiri.
2. Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah qabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka disebabkan anak-anak itu. (Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu al-Waddha’, ms. 78, Zakaria Bashier,The Meccan Crucible, ms. 24).
Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Asim, seorang pemimpin qabilah Bani Tamim yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya di zaman jahiliah,di sana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin dari qabilah yang sama telah menyelamatkan sekian ramai anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh ibubapa mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan itu.
Di antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah, datuk kepada al-Farazdaq (seorang penyair Arab yang terkenal) dan Zaid bin Amar bin Nufail.
Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua ibubapa mereka kemudian memelihara mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang. (At-Thabarani dalam al-Mu’jamu al-Kabir, jilid 8, ms. 77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah (s.w.t) dengan sesuatu yang lain malah beliau mencari-cari kebenaran dan sedapat mungkin cuba mengesan serta mengamalkan saki-baki peninggalan agama Nabi Ibrahim (a.s). Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada ibubapa mereka lalu memeliharanya hingga dewasa. Kemudian beliau akan membawa anak perempuan itu kepada dua ibubapa masing-masing lalu berkata kepada mereka, “Jika kamu suka kepada anak perempuan kamu ini bolehlah kamu mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” (Bukhari, jilid 1, ms. 540.)
Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja dari keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau merupakan sepupu Sayyidina Umar r.a sendiri. Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada anaknya Sa’id, manakala anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a sendiri. Takkanlah dalam keluarga yang terkenal dengan usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh orang tua mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menyerlah dan terpenting di kalangan mereka melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anak sendiri.
3.Sabda Rasulullah (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu sabda Baginda (s.a.w) yang bermaksud;
“Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka amat menjaga kedudukan dan harta benda suami.” (Sahih Muslim, jilid 16 ms. 81)
Apa ertinya pujian Nabi (s.a.w) mengenai sifat penyayang mereka terhadap anak-anak sekiranya mereka juga seperti qabilah-qabilah lain yang terlibat dengan adat membunuh anak? Sewaktu Nabi (s.a.w) diutuskan menjadi Nabi, Sayyidina Umar r.a ketika itu berumur 27 tahun. Anak-anak Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya masih hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.
Dalam tradisi Arab, seseorang itu dikuniahkan ( digelar ) dengan anak sulungnya. Sebagaimana kuniah Nabi kita (s.a.w) ialah Abu al-Qasim, kuniah Sayyidina Umar r.a ialah Abu Hafsin yang merujuk kepada Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a yang sulung ialah Sayyidatina Hafsah.
Perlu juga diperhatikan bahawa di sepanjang hayatnya, berapa ramaikah isteri Sayyidina Umar r.a dan juga hamba sahayanya di samping anak-anak beliau dengan mereka itu?
Kerana sejarah menyimpan semua maklumat isteri-isteri dan anak-anak Sayyidina Umar r.a, Imam Ibnu al-Jauzi dan lain-lain telah menyenaraikan isteri-isteri Sayyidina Umar r.a dan anak-anaknya serta hamba sahayanya. Beliau menulis, “Sayyidina Umar r.a mempunyai beberapa orang isteri dan mendapat ramai anak.” Isteri beliau ialah:
i. Zainab binti Maz’un. Zainab adalah saudara perempuan Utsman bin Maz’un yang terbilang di antara orang yang memeluk Islam di peringkat permulaan, juga merupakan saudara susuan Nabi (s.a.w). Dengan Zainab ini Sayyidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah, Abdullah dan Abdul Rahman.
ii. Atikah binti Zaid bin Amar bin Nufail. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘lyadh.
iii. Isteri yang ketiga ialah Jamilah binti Tsabit bin Aflah. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Aasim.
v. Ummul Hakam binti al-Harits bin Hisyam. Dengannya beliau mendapat anak perempuan bernama Fatimah.
v. Ummul Kultsum binti Jarwal bin Malik. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Ubaidullah dan Zaid al-Akbar.
vi. Ummul Kultsum binti Ali bin Abi Talib. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Zaid al-Ashghar dan Ruqayyah.
vii. Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan Luhayyah juga Sayyidina Umar r.a telah mendapat anak. Dengan Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan dengan Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman al-Ausath dan Abdul Rahman al-Ashghar.
Jadi anak-anak Sayyidina Umar r.a adalah seperti berikut:
Lelaki:
1. Abdullah 2. Abdul Rahman al-Akbar 3. Abdul Rahman al-Ausath 4. Abdul Rahman al-Ashgha 5. Zaid al-Akbar 6. Zaid al-Ashghar 7. Ubaidullah 8. ‘Aasim 9. ‘lyadh
Perempuan:
1. Hafsah 2. Ruqayyah 3. Fatimah 4. Zainab
Daripada isteri pertamanya Zainab binti Maz’un, Sayyidina Umar r.a hanya mendapat tiga orang anak iaitu Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman al-Akbar. Hafsah adalah anak sulungnya dengan Zainab binti Maz’un, sebab itulah beliau dikuniahkan dengan Abu Hafsin.
Pada ketika beliau memeluk Islam, beliau mempunyai hanya 3 orang anak ini sahaja. Kalau begitu anak yang manakah yang ditanam hidup-hidup oleh Sayyidina Umar r.a itu? Apakah namanya dan apakah nama ibunya? Kalaulah Sayyidina Umar r.a betul-betul tidak suka atau bencikan anak perempuan, kenapa pula beliau sanggup memakai kuniah Abu Hafsin?
Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logik Sayyidina Umar r.a baru mengetahui jantina sebenar anaknya hanya setelah anak itu berumur 4 tahun?
6. RASULULLAH MENYEBUT “UMMATI UMMATI UMMATI” ( UMAT KU 3 X ) KETIKA SAKARATUL MAUT. BENARKAH KISAH YANG POPULAR DAN DRAMATIK INI...IKUTI SAMBUNGANNYA PADA SIRI 3 INSYAALLAH=)
Thursday, October 21, 2010
AUDIT SEJARAH ISLAM DAN TOKOH-TOKOHNYA
1. KISAH THA’LABAH BIN HATIB AL-ANSARI
-PEMBOHONGAN-
popular kisahnya yg miskin,minta didoakan oleh Nabi saw supaya menjadi kaya. Akhirnya sibuk dgn kekayaannya,tidak lagi solat berjemaah. Beliau juga enggan membayar zakat di zaman Rasulullah saw. Khalifah Umar dan Ali pun enggan menerima ‘taubat’nya utk berzakat dan akhirnya beliau mati di zaman pemerintahan Khalifah Uthman. Beliau sering dijadikan contoh buruk org munafik yg tidak mahu membayar zakat.
-HAKIKATNYA –
1. Al-Hafizd Ibnu Hajar al-Asqolani mengatakan bahawa Beliau merupakan sahabat yang mulia dan terlibat dlm Perang Badar dan Syahid dlm peperangan Uhud ( rujuk kitab al-Isabah 1/206 )
2. Imam Ibnu Hazm menganggap kisah ini bathil tanpa syak ( rujuk kitab al-Muhalla 12/137 )
3. Ibnu Abd al-Barr, al-Haithami, syeikh Ahmad Muhammad Syakir dan al-Albaani juga mengkritik kisah ini.
4.Syeikh Adab bin Mahmud al-Himsy menulis buku khas membersihkan fitnah terhadap Tha’labah al-Ansari Radiyallahu anhu.
2. CERITA YAZID BIN MUAWIYAH MEMBUNUH CUCU RASULULLAH SAW IAITU HUSSAIN BIN ALI
-PEMBOHONGAN-
Yazid bin Muawiyah mewarisi kepimpinan khalifah daripada ayahnya Muawiyah bin Abu Sufyan. Beliau seorang yang terkenal dengan sifat2 tercela dan zalim. Dikatakan memancung kepala Hussain dan menganjurkan perlawanan ‘bola sepak’.
-HAKIKAT-
1. Beliau tidak termasuk di kalangan yg terkenal dengan agama dan kesolehan tetapi seorang yang berani dan murah hati. ( rujuk Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyyah 2/253)
2. Beliau menangis atas kematian Hussain Bin Ali dan melaknat pembunuhnya. Mempunyai hubungan yang baik dengan anak Hussain iaitu Ali bin Hussain dan selalu berutus surat dengannya. Bahkan Ali bin Hussain menganggap Syiah di Kufah yang telah membunuh ayahnya. Yazid Cuma dipertikai kerana tidak melaksanakan hokum qisas terhadap pembunuh Hussain. ( rujuk Minhaj As-Sunnah 2/49 )
3. Ibnu al-Solah mengkritik fitnah terhadap Yazid dan mengatakan Gabenor Iraq yang sebenarnya membunuh Hussain iaitu Ubaidullah bin Ziyad ( rujuk Qaid al-Syarid Min Akhbar Yazid m/s 57)
3. RIWAYAT BURUK MENGENAI KHALIFAH HARUN AR-RASYID ( W 193 H )
-PEMBOHONGAN-
Khalifah yang terkenal dengan hobi yg suka berfoya2 dan sering ditipu oleh Abu Nawas yang cerdik pandai itu.
-HAKIKAT-
1. Beliau seorang Khalifah yang suka berdamping dengan para ulama dan auliya’ spt Fudhail bin Iyad, Ibn al-Sammak dan sering berutus surat dengan Sufyan at-Thauri. Beliau kuat beribadah,menjaga solat dan hadir Solat Subuh pada awal waktunya ( rujuk Mukaddimah Ibn Khaldun m/s 17 )
2. Abu Nawas ( nama sebenarnya : al-Hassan bin Hani’) yg terkenal cerdik / lucu / pintar itu sebenarnya orang yg rosak agamanya dan sering memuji arak dan perempuan dlm syair2nya ( rujuk al-‘asr al-abbasi al-awwal m/s 220 dan al-Muntalaq al-Asasi fi al-tarikh al-islami m/s 42 )
4. KISAH THORIQ BIN ZIYAD MEMBAKAR KAPAL TENTERA ISLAM DI ANDALUS
-PEMBOHONGAN-
Beliau telah membakar kapal tentera Islam setelah mendarat di Sepanyol. Beliau melakukan hal tersebut supaya tentera Islam tidak perlu fikir untuk pulang lagi...pilihan hanya 2 samada Menang atau Syahid.
-HAKIKAT-
1. Kisah ini dibantah oleh Syeikh Mahmud Syakir ( ulama Hadis al-azhar ) dalam penulisannya al-Muntalaq al-Asasi fi al-tarikh al-islami )
p/s : saya memohon maaf juga kerana memetik kisah ini semasa menyampaikan tazkirah Ramadhan yang lalu di Pusat Islam tanpa menyemak kesahihan kisah tersebut. Moga Allah mengampunkan kelalaian saya.
5. SAIDINA UMAR MENANAM ANAK PEREMPUANNYA HIDUP-HIDUP SEMASA JAHILIAH
“... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. la menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar menutupkan mata dan terfikir, “Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” la menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. “Umar, jangan jadi pengecut,” tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali di telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir ...” ( PETIKAN DARIPADA KISAH UMAR )
BENARKAH KISAH INI..? NANTIKAN SAMBUNGANNYA SIRI 2 INSYAALLAH

Saturday, February 20, 2010
Pengurusan Jenazah Bukan Sekadar Tekstual Tapi Praktikal
Alhamdulillah baru-baru ini saya bersama rakan sejawatan berpeluang mengikuti kursus pengurusan jenazah di Hotel Sempurna, Kuantan. Kursus anjuran Politeknik Muadzam Shah bersama Jabatan Agama Islam Pahang tersebut mengeluarkan 'tauliah' bagi peserta kursus tersebut.
saya bersama rakan sejawatan membawa keluarga masing-masing mengikuti kursus sambil bercuti dan makan angin di Kuantan.
saya secara peribadi telah 4 kali terlibat dalam kursus seperti ini.Kali pertama ketika di sekolah menengah dahulu sebagai pengarah program dan 'model mayit' secara bidan terjun dek kerana pelajar yang sepatutnya memainkan watak sebagai mayit berjaya menghilangkan diri. sekali lagi dalam kursus tersebut saya secara sukarela menjadi mayit di dalam kumpulan yang diberi tugasan bertajuk menguruskan 'mayit kemalangan kepala pecah darah tak berhenti mengalir!'
perkara menarik yang saya dapat daripada kursus ini ialah pengalaman pengurus jenazah iaitu Ust Ramli ( lebih mesra dengan panggilan abah )yang telah terlibat hampir 25 tahun dalam bidang tersebut dan menghadapi pelbagai keadaan dan situasi jenazah yang berbeza-beza. Jenazah HIV,kemalangan ngeri,terbakar hangus,mati lemas,hancur dan pelbagai lagi keadaan yang sukar bagi kita yang kurang ilmu dan pengalaman untuk menguruskannya dikongsi dan dipaparkan gambar-gambar tersebut sepanjang kursus.
begitu juga praktikal untuk jenazah HIV dan jenazah yang telah dibedah siasat ditunjukkan secara jelas dan baik sekali.
Begitu juga dengan slot ceramah oleh Dr Noraiza berkaitan dengan statistik pesakit AIDS dan pesakit-pesakit kelamin ( penyakit seksual ) yang amat membimbangkan kerana melibatkan kaum Melayu - Muslim yang begitu ramai sekali. Dr Noraiza juga menyentuh tentang perlaksanaan memandikan jenazah berisiko tinggi seperti mayit pesakit HIV dan H1N1 yang memerlukan pakaian dan bahan pencuci yang khas.
Kesimpulannya kursus ini sangat bagus bagi mereka yang terlibat secara khusus atau tidak dalam bidang ini. Saya bersyukur kerana banyak input-input yang terlepas pandang semasa saya terlibat menjalankan kursus pengurusan jenazah kepada pelajar-pelajar sebelum ini.
Tetapi satu perkara yang amat menyedihkan saya. Sepanjang kursus ini berlangsung amat jarang sekali disentuh soal sunnah-sunnah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan bidaah-bidaah yang diamalkan dalam soal pengurusan jenazah hingga ke liang lahad. Cuma disentuh secara ringan semasa sesi soal jawab. Alhamdulillah ada sedikit pencerahan di situ dalam soal talkin, binaan di atas kubur, soal badi dan banyak lagi perkara yang diamalkan secara meluas oleh masyarakat.
Lebih malang lagi seorang peserta berstatus ustaz berkongsi cerita tentang seorang ulama yang dikenali sebagai Ibnu Mayyit. Cerita ini timbul apabila berlaku soal jawab antara penceramah dan peserta berkenaan keadaan mayit yang tegang zakarnya. maka apa yang harus dilakukan oleh pengurus jenazah..maka ustaz tersebut mengatakan bahawa isteri si mayit perlu bersetubuh dengan si mayit bagi menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan kisah tersebut. Dan hasil persetubuhan tersebutlah maka lahirnya seorang ulama bernama ibnu Mayyit. cerita tersebut yang belum tentu lagi kesohihannya telah menjadi hujah syarak kepada kes tersebut. maka panaslah telinga saya bila mendengar cerita tersebut. saya cuba terangkan dengan ilmu yang sedikit ini mengajak para peserta berfikir sejenak adakah itu penyesaiannya.Dan adakah sohih cerita tersebut. maka kita perlu merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah atau teks-teks para ulama yang mu'tabar bagi mencari penyesaian tersebut. cerita tersebut seolah-olah fitnah kepada ulama dan fitnah kepada seluruh umat yang mempercayainya.
Sebelum ini, Institut Ibnu Hajar pernah mengadakan kursus pengurusan Jenazah di Melaka. Panel yang hadir hebat-hebat belaka ilmu mereka. setiap hal yang diterangkan akan disertakan hadis-hadis serta takhrijnya sekali. Tetapi malang, model jenazah hanya 'mikrofon' dan kafannya hanya 'kertas kerja' di tangan penceramah..banyak yang perlu dipelajari daripada kursus seperti ini. Dalil-dalil yang sohih berkaitan pengurusan jenazah perlu disertakan dengan praktikal yang mantap dan realistik dengan pelbagai situasi supaya ilmu bukan sekadar tekstual tetapi praktikal yang sempurna.
wallahu a'lam

Wednesday, November 11, 2009
WAHABI TU APE?
Soalan "wahabi tu ape ustaz?" selalu ditanya kepada saya sama ada di dalam kelas atau di mana-mana apabila berbincang soal-soal agama. Tidak kurang juga bila bermuzakarah dengan "orang-orang agama" yang pantas menghukum "mereka wahabi,wahabi sesat!". Bukan sedikit masa diperlukan untuk menjelaskannya panjang lebar. Baca isu PAS di media perdana bukanlah satu tindakan yang bijak. Baca isu UMNO di HARAKAH juga bukanlah tindakan yang tepat. Rujuklah lidah rasmi mereka sendiri jika anda sedang mencari maklumat yang benar. Nah, baca dan cuba faham :
MAZHAB SYAFI'I KAH MASYARAKAT KITA?
sumber : www.an-nawawi.blogspot.com
Baru-baru ini meledak satu isu berkaitan Fahaman Wahhabi di dada-dada akhbar ekoran penangkapan seorang bekas mufti Negeri Perlis oleh Jabatan Agama Selangor (JAIS) yang didakwa mendoktrinkan fahaman Wahhabinya kepada masyarakat. Namun, akhirnya dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.
Walaupun begitu, bukan itu isu yang mahu saya tangkap masuk ke dalam tulisan kali ini. Tetapi lebih kepada kenyataan oleh seorang tokoh lain rentetan dari isu Wahhabi tersebut.
Sebenarnya saya tertarik dengan kenyataan seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Mashitah Ibrahim sebagaimana berikut dinukilkan dari riwayat Akhbar Berita Harian
Beliau berkata, fahaman itu tidak sesuai kerana di Malaysia berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Wahabi boleh mewujudkan perselisihan sesama umat Islam.
Antara perbezaan pendapat yang menimbulkan perselisihan ialah tidak membaca qunut dalam solat subuh, membaca Yaasin pada malam Jumaat, membaca talkin, tidak berwirid selepas solat dan mengadakan tahlil.
Manakala menurut riwayat dari jalur sanad Akhbar Utusan Malaysia:
Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Jari-jemari saya lebih teruja untuk menikam papan kekunci menoreh sekitar isu Wahhabi tidak berzikir (atau berwirid) setiap selepas solat (merujuk solat fardhu).
Sebagaimana yang disentuh oleh Dato' Dr. Mashitah di atas, pertamanya beliau menyentuh soal perselisihan di dalam agama dari kalangan umat Islam. Sebenarnya, dalam persoalan perbezaan pendapat di dalam agama, ia bukanlah suatu perkara yang asing. Malah ia sebenarnya telah lama disentuh oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin/orang-orang yang berilmu) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisaa', 4: 59)
Apa yang menarik, selain Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan tentang perselisihan melalui ayat tersebut, Allah juga telah menyatakan solusinya apabila berlaku perbezaan pendapat di antara orang-orang yang beriman. Iaitulah dengan kembali merujuk al-Qur'an dan as-Sunnah.
Maka, apabila isu zikir ini timbul. Apa yang mahu saya tekankan adalah, pentingnya kita kembali kepada al-Qur'an dan as-Sunnah.
Abaikan saja isu Wahhabi atau bukan Wahhabi.
Sebagai menghormati Mazhab Kebangsaan kita, Mazhab Syafi'e, berikut saya dahulukan pendapat Imam asy-Syafi'e sendiri berkenaan isu zikir selepas solat ini. Juga sebagai sebuah pengiktirafan bahawa beliau adalah salah seorang ulama besar dalam dunia ilmu yang wajar dijadikan sebagai contoh dan ikutan.
Imam asy-Syafi'e rahimahullah menjelaskan sebagaimana berikut:
وَأَخْتَارُ للامام وَالْمَأْمُومِ أَنْ يَذْكُرَا اللَّهَ بَعْدَ الِانْصِرَافِ من الصَّلَاةِ وَيُخْفِيَانِ الذِّكْرَ إلَّا أَنْ يَكُونَ إمَامًا يَجِبُ أَنْ يُتَعَلَّمَ منه فَيَجْهَرَ حتى يَرَى أَنَّهُ قد تُعُلِّمَ منه ثُمَّ يُسِرُّ فإن اللَّهَ عز وجل يقول {وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِك وَلَا تُخَافِتْ بها} يعنى وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ الدُّعَاءَ وَلَا تَجْهَرْ تَرْفَعْ وَلَا تُخَافِتْ حتى لَا تُسْمِعَ نَفْسَك
Terjemahan: Aku berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah di setiap kali selesai solat, dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, melainkan bagi seseorang imam yang mahu menunjuk-ajar para makmumnya berkenaan zikir, maka dia boleh mengeraskan suara/bacaan zikirnya, sehingga apabila dia telah mengetahui bahawa para makmum telah tahu, maka hendaklah dia kembali merendahkan suara zikirnya, kerana Allah 'Azza wa Jalla berfirman (maksudnya):
وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا
Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya. (Surah al-Israa', 17: 110)
Maksud kata الصلاة (ash-Sholah) wallahu Ta'ala a'lam adalah doa. لا تَجْهَرْ (Laa Tajhar): Janganlah engkau mengangkat suaramu, وَلا تُخَافِتْ (wa laa tukhofit): Janganlah engkau rendahkan sehingga engkau sendiri tidak mendengarnya. (Rujuk: Imam asy-Syafi'e, al-Umm, 1/127)
Perkara ini turut diperkuatkan lagi dengan penjelasan salah seorang ulama besar bermazhab Syafi'e iaitu Imam an-Nawawi rahimahullah:
قال اصحابنا إن الذكر والدعاء بعد الصلاة يستحب أن يسر بهما إلا أن يكون اماما يريد تعليم الناس فيجهر ليتعلموا فإذا تعلموا وكانوا عالمين أسره
Terjemahan: Para ulama dari mazhab Syafi'e (ash-haabunaa), berkata: Zikir dan doa setelah solat, disunnahkan supaya dilakukan dengan merendahkan suara, kecuali apabila dia seorang imam yang hendak membimbing (mengajar) orang lain (para makmum), maka dibolehkan untuk mengeraskan (menguatkan) suaranya, supaya mereka semua dapat belajar darinya, dan apabila diketahui bahawa mereka telah memahami serta sudah tahu (akan zikir-zikirnya), maka hendaklah dia kembali berzikir dengan merendahkan suara. (Rujuk: Imam an-Nawawi, al-Majmu' Syarah al-Muhazzab, 3/487)
Dari dua perkataan ulama besar ini, kita dapat melihat beberapa titik penting dalam persoalan zikir sebaik selesai solat fardhu:
1 – Mazhab asy-Syafi'e menyatakan bahawa amalan berzikir di setiap kali setelah selesai solat fardhu adalah sunnah (dianjurkan).
2 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu.
3 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya.
Demikianlah tiga isi utama yang dapat kita ambil dari perkataan Imam asy-Syafi'e dan Imam an-Nawawi di atas.
Jadi, jika benar kelompok Wahhabi meninggalkan atau menolak amalan berzikir selepas solat fardhu, maka kefahaman ini jelas bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Imam dari mazhab Syafi'e tadi.
Malah, berzikir setelah solat, ianya adalah bersandarkan kepada hadis-hadis yang sahih. Cukuplah saya bawakan salah satu contoh zikir yang tsabit dari sunnah yang dianjurkan untuk diamalkan. Dari sebuah hadis, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Terjemahan: Sesiapa yang di setiap kali selesai solatnya (solat fardhu), dia menyucikan Allah (berzikir Subhanallah) 33 kali, memuji Allah (mengucapkan al-hamdulillah) 33 kali, dan membesarkan Allah (mengucapkan Allahu Akhbar) 33 kali, yang semuanya menjadi 99 kali kemudian dicukupkan 100 kali dengan Laa ilaaha illallahu wahdahu la syarikalah... maka, Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadis Riwayat Muslim, Bab: Zikir-zikir yang dianjurkan sebaik selesai solat, 3/262, no. 939. Dari hadis Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu. Rujuk zikir-zikir seterusnya: Klik Blog Fiqh)
Maka, dengan terang lagi bersuluh dengan bersandarkan kepada hadis Nabi dan perkataan dua ulama besar dari mazhab asy-Syafi'e bahawa berzikir setelah selesai solat fardhu itu hukumnya adalah dianjurkan (sunnah).
Jika benar Wahhabi menolak sunnah berzikir setelah solat fardhu ini (sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato' Dr. Mashitah), bermakna mereka (kelompok Wahhabi) telah salah.
Namun, perlu kita fahami juga berkenaan dengan adab-adab di dalam berzikir. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh dua imam tadi iaitu:
1 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu (bukan secara berjama'ah/koir).
2 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya. Apatah lagi dengan berlagu, maka itu jelas-jelas telah salah.
Kesimpulan dari kenyataan Imam asy-Syafi'e dan Imam an-Nawawi ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang menyentuh berkenaan adab-adab di dalam berzikir secara umumnya:
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
Terjemahan: Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raaf, 7: 205)
Berkenaan ayat ini, seorang lagi ulama besar dalam bidang tafsir yang bermazhab Syafi'e menjelaskan:
وهكذا يستحب أن يكون الذكر لا يكون نداء ولا جهرًا بليغًا
Terjemahan: Demikianlah zikir dianjurkan, iaitu dengan suara yang tidak dikeraskan dan tidak dinyaringkan. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 3/539)
Perkara ini menjadi lebih jelas apabila kita merujuk kepada sebuah hadis, di mana Sahabat bernama Abu Musa al-'Asy'ari menceritakan:
رفع الناس أصواتهم بالدعاء في بعض الأسفار، فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم: "أيها الناس، أربعوا على أنفسكم، فإنكم لا تدعون أصمَّ ولا غائبًا؛ إن الذي تدعونه سميع قريب
Terjemahan: Ketika itu, orang ramai mengeraskan (memperkuatkan) suaranya di dalam berdoa di ketika melakukan safar (perjalanan), maka Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun berkata (membantah perbuatan mereka yang mengeraskan suara dalam berdoa):
Wahai manusia, kasihanilah diri kamu. Kerana kamu sebenarnya tidak menyeru kepada yang tuli (pekak) dan yang jauh, sesungguhnya Dzat yang kamu seru adalah Maha Mendengar lagi sangat dekat. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 3/539)
Jika ini dapat kita fahami, jelaslah bahawa rata-rata masyarakat negara kita yang mengaku bermazhab Syafi'e sebenarnya telah membelakangkan perkataan Imam-imam besar mereka. Khususnya dalam persoalan berzikir selepas solat yang saya sentuh ini.
Maka wajarlah kita semua secara umumnya untuk bermuhasabah dan memperbaiki semula amalan kita dalam melaksanakan zikir setelah selesai solat (selepas salam). Saranan ini saya tujukan kepada diri saya sendiri khususnya, kemudian kepada golongan Wahhabi jika benar sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato' Dr. Mashitah, dan juga kepada masyarakat awam umat Islam di negara kita am-nya yang begitu ketara melanggari garis panduan di dalam berzikir sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para imam besar mazhab kita.
Ada pun persoalan-persoalan lainnya yang dibangkitkan oleh Dato' Dr. Mashitah berkenaan fahaman Wahhabi seperti tidak berqunut subuh, tidak bertahlil, dan tidak beryasinan malam Juma'at, maka telah lama saya sentuh di dalam blog fiqh saya. Para pembaca bolehlah merujuk ke sana.
Sebenarnya, persoalan yang diutarakan oleh Dato' Dr. Mashitah tersebut adalah merujuk kepada perbezaan pendapat yang telah lama berlaku, jauh sebelum datangnya era istilah Wahhabi diperkenalkan. Jika kita berusaha untuk bersusah-payah menela'ah, insyaAllah kita pasti akan mampu bertemu dan memahaminya..

Subscribe to:
Posts (Atom)