Tuesday, August 25, 2009

PEREMPUAN HAID BOLEH MEMBACA AL-QURAN?


Hukum wanita yang didatangi haid membaca al-Qur’an.

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid.
( Dha‘if: Hadis daripada ‘Abd Allah ibn Umar radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Daruquthni dan lain-lain. Ia memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya dha‘if. Shaikh al-Albani tidak menjadikannya penguat antara satu sama lain manakala Badri ‘Abd al-Samad berpendapat ia saling menguat sehingga dapat diangkat ke taraf hasan (hasan lighairihi). Lihat Irwa al-Ghaleel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktabah al-Islami, Beirut), hadis no: 192 dan al-Ittihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf, jld 1, ms 83-84.

Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah dha‘if. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah (676H): Majmu’ Syarh al-Muhazzab (Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld. 2, ms. 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).

Adapun hadis Ibn Umar: “Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid” , maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha‘if, didha‘ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha‘ifan yang terdapat padanya adalah jelas.
Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub. Lihat Majmu Syarh al-Muhazzab jld. 2, ms. 267-268 (Kitab Haid, berkata al-Musannif: “Dan dilarang atasnya membaca Qur’an….”).

Namun hal ini dianggap tidak tepat kerana dua sebab:

1. Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya (‘illat). Adapun haid, maka ia adalah sesuatu yang wujud secara lazim pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila pada zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haid daripada membaca al-Qur’an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum yang baru.

2. Haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.

Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan. Lihat al-Kasani – al-Bada‘i al-Sona‘i (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 1982), jld. 1, ms. 38 (Bab permasalahan adab-adab wudhu’).

Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang wanita, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang melarang sesuatu ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang wanita yang sedang dalam keadaan haid.

Pernah sekali Abu Hurairah radhiallahu 'anh mengasingkan diri daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:

Subhanallah! Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis.
(Sahih: Ringkasan hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan (Fu‘ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – hadis no: 210.)

Kata-kata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis sekalipun dia dalam keadaan junub. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.

Sebagai rumusan kepada kupasan ini, berikut dinukil kata-kata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H):

Sesungguhnya para wanita mereka mengalami haid pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka seandainya membaca al-Qur’an diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi. Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sememangnya tidak haram.
( Rujuk : Majmu al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld. 26, ms. 191. Lihat juga pembahasan Ibn Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut), jld. 1, ms. 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur’an dan bersujud dan menyentuh mushaf).


Kesimpulan:

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2]

Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur’an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur’an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur.

WALLAHU A'LAM

sumber : www.hafizfirdaus.com

PEREMPUAN HAID BOLEH MEMEGANG AL-QURAN?


Antara soalan yang lazim dikemukakan oleh para muslimah adalah bagaimana mereka dapat memanfaatkan bulan Ramadhan apabila didatangi haid. Ini kerana apabila mereka didatangi haid, mereka tidak boleh berpuasa, tidak boleh bersolat – khasnya solat tarawih dan tidak boleh membaca al-Qur’an. Lalu apakah yang boleh mereka amalkan agar hari-hari Ramadhan tidak berlalu begitu sahaja ketika mereka didatangi haid?

Penulis menjawab, kalian boleh membaca al-Qur’an ketika haid. Jawapan ini secara automatis dibalas dengan soalan: “Bukankah wanita yang didatangi haid dilarang daripada memegang dan membaca al-Qur’an?” Soalan ini memerlukan jawapan yang panjang lagi mendalam.

Berikut adalah jawapan penulis tentang hukum sebenar bagi wanita memegang dan membaca al-Qur’an ketika didatangi haid, sama ada di bulan Ramadhan atau selain Ramadhan.

Hukum wanita yang didatangi haid memegang al-Qur’an.

Umumnya terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh.

Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci. [al-Waqiah 56:79]

Diikuti dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.

(Sahih: Hadis daripada ‘Amr bin Hazm radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Itihaf bi Takhrij Ahadith al-Isyraf ‘ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld. 1, ms. 77-82.)

Manakala bagi pendapat kedua, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersetubuh. Adapun hukum memegang al-Qur’an, tidak ada dalil tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.

Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:

Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [al-Waqiah 56:77-80]

Ayat yang sama ini juga digunakan oleh mereka yang berpendapat wajib berwudhu’ sebelum memegang al-Qur’an, baik bagi lelaki atau wanita. Berdasarkan penjelasan yang sama di atas, dapat diketahui bahawa tidaklah tepat untuk menggunakan ayat ini sebagai dalil wajib berwudhu’. Oleh itu yang benar adalah, boleh memegang dan membaca al-Qur’an sekalipun tanpa berwudhu’.

Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat “fii Kitabim-maknun” bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.
Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabi‘in sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Thabari dalam Jamii al-Bayan (Dar al-Fikr, Beirut 1999), riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi - Al-Nukatu wa al-‘Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut), jld. 5, ms. 463-464.

Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz, di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.
Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.

Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci daripada najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci daripada hadas besar seperti haid dan junub, dan suci daripada hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:

Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28]

Oleh itu perlu dicari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat di Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru kemungkinan yang besar adalah surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam.

Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an.
Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an.

wallahu a'lam

sumber : www.hafizfirdaus.com

Monday, August 24, 2009

RAMADHAN BERSAMA RASULULLAH SAW ( Siri 2 )


Kewajipan Kita Di Bulan Ramadhan

Ketahuilah wahai saudaraku seislam, bahawa Allah mewajibkan ke atas kita berpuasa sebagai ibadah bagi-Nya, dan agar puasa anda menjadi sempurna dan bermanfaat, maka lakukanlah hal-hal berikut ini :

1. Jagalah solat anda. Di antara orang-orang yang berpuasa ada orang yang meninggalkan solat padahal solat merupakan tiangnya agama dan meninggalkannya termasuk kekufuran.

2. Jagalah puasa Ramadhan. Latihlah anak-anak anda untuk berpuasa apabila mereka mampu dan berhati-hatilah dari berbuka (membatalkan puasa) di bulan Ramadhan tanpa ada uzur.

Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam pernah melihat di dalam mimpinya sebuah kaum : Yang digantung terbalik dengan kepada di bawah, mulut-mulut mereka robek dan dari mulut mereka darah bercucuran. Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam berkata : ”Siapakah mereka ini?” (Malaikat) menjawab : ”mereka adalah orang yang berbuka sebelum halal puasa mereka.” [Sebelum halal puasa mereka yaitu sebelum waktu berbuka].
(Dishahihkah al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi).

Barangsiapa yang membatalkan puasanya sehari dengan sengaja maka wajib atasnya menggantinya dan bertaubat.

3. Berhati-hatilah dari berbuka puasa di hadapan manusia, ingatlah sabda Nabi Shallallahu ’alaihi wa salam :

”Seluruh umatku terampun kecuali mujahirin (orang yang menampakkan kemaksiatan).”
(muttafaq ’alayhi).

Ath-Thibi berkata : ”Setiap umatku diampuni dari ghibah kecuali orang-orang yang menampakkan (dosa). Membatalkan puasa adalah suatu tindakan yang mencabar Allah, meremehkan Islam dan kelancangan terhadap manusia. Ketahuilah barangsiapa yang tidak berpuasa maka tidak ada ied ( Raya ) atasnya, karena ied itu adalah suatu kegembiraan besar dengan menyempurnakan puasa dan diterimanya ibadah.”

4. Jadilah orang yang berakhlak baik, jauhilah kekufuran dan mencela agama serta mu`amalah yang buruk terhadap manusia, berhujjah dengan puasa anda. Puasa itu mendidik jiwa dan tidak memperburuk akhlak. Nabi Shallallahu ’alaihi wa salam bersabda :

”Apabila salah seorang dari kalian sedang berpuasa, maka janganlah mengumpat (yarfuts) dan jangan pula mengangkat suara (yaskhob). Apabila ada seorang yang mencela atau menganiayanya, maka katakanlah : sesungguhnya aku seorang yang sedang berpuasa.”
(muttafaq ’alayhi).

5. Menjaga lisan dari ghibah (mengumpat), berdusta dan selainnya. Nabi Shallallahu ’alaihi wa salam bersabda :

”Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta atau melakukan kedustaan, maka Allah tidak menerima akan (puasanya yang) meninggalkan makan dan minum.”
(HR Bukhari)

Dan sabda beliau : ”Betapa banyak orang yang berpuasa, namun dia tidaklah mendapatkan dari puasanya melainkan hanya dahaga.”
[Shahih, HR ad-Darimi].

6. Bacalah risalah berkenaan masalah puasa dan selainnya, supaya anda dapat mengetahui hukum-hukum berkenaan puasa sehingga anda dapat mengetahui bahawa makan dan minum karena lupa tidaklah membatalkan puasa, jinabah (berkumpul dengan isteri atau mimpi) pada malam hari tidaklah mencegah puasa, walaupun yang wajib adalah menghilangkan junub-nya untuk bersuci dan sholat.



Sunnah dan Adab Berpuasa

1. Sahur, berbuka dan berdo’a.

a.) Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa salam bersabda :

”Bersahurlah karena di dalam sahur itu adalah berkah.”
(muttafaq ’alaihi)

b.) Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa salam bersabda :

”Manusia senantiasa dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka.”
(muttafaq ’alaihi)

c.) Hadits Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa salam :

”Adalah Nabi Shallallahu ’alaihi wa salam berbuka sebelum menunaikan sholat dengan beberapa ruthob (kurma basah), dan apabila tidak memiliki ruthob beliau berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), dan apabila tidak memiliki tamar beliau berbuka dengan menengguk seteguk air.”
(Shahih¸ HR Turmudzi).

d.) Sabda Nabi Shallallahu ’alaihi wa salam :

”Tiga orang yang tidak ditolak do’a mereka, yaitu : seorang yang berpuasa ketika berbuka, seorang imam yang adil dan do’a orang yang teraniaya.” (Shahih, HR Turmudzi dan selainnya).

e.) Adalah Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa salam apabila berbuka, beliau mengucapkan : ”Telah sirna dahaga dan telah basah urat-urat serta telah ditetapkan pahala dengan kehendak Allah.”
(Hasan, HR Abu Dawud).

2. Perbanyaklah berdzikir kepada Allah, membaca dan mendengar Al-Qur`an, mentadabburi maknanya dan mengamalkannya, dan pergilah ke Masjid-Masjid untuk mendengarkan pengajian-pengajian yang bermanfaat.

3. Perbanyaklah sedekah terhadap kerabat dan orang-orang yang miskin, kunjungilah keluarga dan berbuat baiklah terhadap musuh. Jadilah orang yang berhati lapang lagi mulia. Sungguh Nabi Shallallahu ’alaihi wa salam adalah orang yang paling lapang dengan kebaikan dan yang paling murah hati perbuatannya di Ramadhan.

4. Janganlah berlebih-lebihan di dalam makan dan minum ketika berbuka, sehingga anda mensia-siakan faedah puasa dan memburukkan kesihatan anda. Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa salam bersabda :

”Tidaklah anak Adam memenuhi suatu wadah yang lebih buruk daripada perutnya.”
(Shahih, HR Turmudzi).

5. Jangan mendengarkan nyanyian dan muzik, karena ia adalah seruling syaithan.

6. Jangan pergi ke panggung wayang dan janganlah menonton rancangan yang mengandungi sesuatu yang merosakkan akhlak dan menghilangkan pahala puasa.

7. Jangan banyak tidur sehingga anda melewatkan sahur dan sholat fajar (shubuh) dan lebih utama bagi anda beraktiviti di pagi hari. Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa salam bersabda :

”Ya Allah berkahilah umatku di pagi hari mereka.”
(Shahih, HR Ahmad).

Beberapa Kebaikan Puasa

Ketahuilah wahai saudaraku seislam bahwa Allah mewajibkan kepada kita puasa sebagai peribadatan kepada-Nya, dan puasa memiliki sejumlah faedah, diantaranya :

1. Firman Allah Ta’ala :

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”
(QS Al-Baqoroh : 183)

Anda benar-benar akan mendapatkan darjat ketakwaan kepada Allah dengan berpuasa.

2. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda :

“Puasa itu perisai”
(Muttafaq ’Alayhi)

Perisai iaitu penghalang dari perbuatan keji dan dosa termasuk juga penghalang neraka.

3. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda :

”Barangsiapa yang memberi buka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.”
(Shahih, HR Tirmidzi)

4. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda :

”Umrah di bulan Ramadhan sepadan dengan haji.”
(Muttafaq ‘alaihi)

5. Para perokok dapat mengambil manfaat di dalam puasanya untuk meninggalkan rokok yang merupakan penyebab kanser dan gangguan kesihatan. Ia akan berusaha mencuba untuk meninggalkan rokok pada malam hari sebagaimana ia tinggalkan pada pagi harinya.

6. Puasa akan mengistirahatkan alat pencernaan dan perut yang selama ini bekerja keras memproses makanan, membuang toksin-toksin dan menguatkan fizikal. Puasa juga bermanfaat untuk berbagai macam penyakit. Selain itu, puasa akan mengistirahatkan para perokok dari menghisap rokok yang diharamkan secara syar’i dan membantunya untuk meninggalkannya.

7. Puasa itu mendidik jiwa dan membiasakannya untuk sentiasa di atas kebenaran, disiplin, ketaatan, kesabaran dan keikhlasan.

8. Seorang yang berpuasa akan merasakan adanya kesamaan di antara saudara-saudaranya yang berpuasa, yang mana ia berpuasa dan berbuka bersamaan dengan mereka sehingga ia merasakan kesatuan seluruh umat Islam di seluruh dunia.

9. Seorang yang berpuasa akan menginsafi rasa kelaparan sehingga ia akan menolong saudara-saudaranya yang mengalami kelaparan dan memerlukan, serta ia akan menyedekahkan hartanya kepada orang-orang fakir miskin.

10.Apabila seorang yang berpuasa menahan diri dari perkara yang halal ( makan,minum dll ) dengan mengharap keredhaan Alloh Ta’ala, maka lebih utama lagi baginya dirinya untuk menahan diri dari perkara yang haram.

11.Amanah dan Muroqobatullah (merasa diawasi Alloh) : Ketika seorang yang berpuasa meninggalkan perkara yang dapat membatalkan puasanya, ia sedar bahawa Allah Ta’ala sedang mengawasi dirinya, sehingga ia menjaga amanahnya di dalam interaksinya dengan manusia, serta ia merasa takut kepada Allah Ta’ala baik di saat sendiri mahupun dihadapan orang ramai.

Hari Yang Dilarang Berpuasa

1. Dua Hari raya ‘Ied, yaitu ‘Iedul Fithri dan ‘Iedul Adhha. Sebagaimana ucapan ‘Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu :

“Sesungguhnya ini adalah dua hari yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salam melarang berpuasa di dalamnya, yaitu hari berbuka (fithri) kalian setelah kalian berpuasa, dan hari dimana kalian di dalamnya memakan haiwan sembelihan kalian (yaitu Iedul Adhha).”
{HR Muslim).

2. Hari (dimana wanita mengalami) haidh dan nifas, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam tentang hak kaum wanita :

َ“Tidakkah ketika haidh mereka tidak sholat dan tidak berpuasa? Maka demikian inilah yang merupakan kekurangan agama mereka.”
(HR Bukhari).

3. Menyambung puasa selama dua hari berturut-turut atau lebih tanpa berbuka. Hal ini disebut dengan puasa wishol, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam :

“Jauhilah oleh kalian puasa wishol.”
(muttafaq ‘alahi)

Dan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam :

“Janganlah kalian berpuasa wishol, dan siapa saja diantara kalian yang menghendaki untuk menyambung puasanya maka sambunglah sampai sahur saja.”
(HR Bukhari)

4. Berpuasa pada hari syak (hari yang meragukan), yaitu pada hari ketiga puluh bulan Sya’ban, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam :

”Janganlah kalian mendahului berpuasa Ramadhan dengan sehari atau dua hari (sebelumnya) kecuali seseorang yang terbiasa berpuasa maka berpuasalah.” (HR Muslim).

Hari Yang Dibenci Berpuasa

1. Puasa ‘Arofah bagi orang yang tengah berhaji dan berada di ‘Arofah. (Dalilnya) :
Ummu Fadhl mengirimkan segelas susu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salam dan beliau ketika itu sedang berada di atas untanya di ‘Arofah dan beliau meminumnya.
(HR Muslim)

2. Hari jum’at secara bersendirian, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam :

“Janganlah kalian berpuasa pada hari Jum’at kecuali diiringi dengan sehari sebelum atau setelahnya.”
(Shahih, HR Ahmad)

3. Hari Sabtu secara bersendirian, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam :

“Janganlah kalian berpuasa pada hari Sabtu kecuali puasa yang wajib. Apabila salah seorang dari kalian tidak mendapatkan (makanan) kecuali ranting kayu atau akar pohon, maka berbukalah dengannya.”
(Shahih, HR Ahmad dan selainnya).

4. Puasa ad-Dahr (sepanjang tahun) yaitu puasa yang dilakukan pada seluruh tahun tanpa berbuka, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam :

“Tidak ada puasa bagi orang yang berpuasa sepanjang tahun.”
(Shahih, HR an-Nasa`i).

5. Puasanya seorang wanita dan suaminya ada di sisinya melainkan dengan izinnya, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam :

“Janganlah seorang wanita berpuasa selain puasa Ramadhan sedangkan suaminya ada di sisinya kecuali dengan izinnya.”
(muttafaq ‘alayhi).

6. Tiga hari tasyriq, yaitu pada tanggal 11,12 dan 13 Dzulhijjah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda :

”Hari tasyriq adalah hari makan-makan dan minum-minun serta berdzikir kepada Allah.”
(HR Muslim)

Yang Dibolehkan Tidak Berpuasa

1. Orang yang sakit dan musafir, maka wajib atas mereka qodho’ (menggantinya), sebagaimana firman Allah Ta’ala :

“Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.”
(QS Al-Baqoroh : 183).

Adapun seorang yang sakitnya tidak ada harapan untuk sembuh, maka wajib atasnya memberikan makan orang miskin setiap harinya sebanyak satu mud gandum (makanan pokok seperti beras sebanyak satu kati : 657 gram bagi setiap hari yang tidak berpuasa).

2. Wanita haidh dan nifas, maka wajib atas mereka qodho’, sebagaimana ucapan ‘A`isyah radhiyallahu ‘anha :

“Kami diperintahkan untuk mengganti puasa namun tidak diperintahkan untuk mengganti sholat.”
(muttafaq ‘alayhi)

3. Orang yang telah uzur yang sudah tidak mampu lagi berpuasa, maka wajib atas mereka memberi maka orang miskin setiap harinya.

4. Wanita hamil dan wanita menyusui yang bimbang atas (kesihatan) dirinya dan bayinya, maka wajib atas mereka memberi makan orang miskin setiap harinya. Dari ibnu ‘Abbas bahwasanya beliau melihat Ummu Walad yang tengah hamil atau menyusui, lantas beliau berkata :

“Engkau adalah termasuk orang yang tidak mampu melaksanakan puasa, maka wajib atasmu al-jazaa’ (membayar) namun tidak wajib atasmu qodho’ (mengganti).”
(Shahih, HR ad-Daruquthni).

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara-perkara yang membatalkan puasa ada dua jenis, iaitu :

a. Yang membatalkan puasa dan hanya wajib mengqodho-nya saja, iaitu :

1. Makan, minum dan merokok secara sengaja (dan wajib atas pelakunya bertaubat).

2. Muntah dengan sengaja, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam :

”Barangsiapa yang muntah dengan sengaja maka wajib atasnya qodho’.” (Shahih, HR Hakim dan selainnya).

3. Wanita haidh atau nifas, walaupun ia berada pada waktu akhir menjelang terbenamnya matahari.

b. Yang membatalkan puasa dan wajib mengqodho’ serta membayar kafarat, yaitu :

1. Jima’ (bersetubuh) dan tidak ada selainnya menurut majoriti ulama.

Kafarat-nya iaitu : membebaskan hamba, apabila tidak ada hamba maka berpuasa dua bulan berturut-turut, apabila tidak mampu maka memberi makan enam puluh orang miskin. Sebagian ulama tidak mensyaratkan harus berurutan di dalam kafarat (maksudnya boleh memilih salah satu diantara tiga)

Perkara-Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa

1. Makan dan minum karena lupa, keliru (maksudnya, menganggap sudah waktunya berbuka tetapi ternyata belum) atau terpaksa. Tidak wajib mengqodho’-nya ataupun membayar kafarat, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam :

”Barangsiapa yang lupa sedangkan ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah telah memberinya makan dan minum.”
(muttafaq ’alayhi).

Dan sabda beliau :

”Sesungguhnya Allah mengangkat (beban taklif) dari umatku (dengan sebab) kekeliruan, lupa dan keterpaksaan.”
(Shahih, HR Thabrani).

2. Muntah tanpa disengaja, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam :

”Barangsiapa yang mengalami muntah sedangkan ia dalam keadaan puasa maka tidak wajib atasnya mengqodho’.”
(Shahih, HR Hakim).

3. Mencium isteri, baik untuk orang yang telah tua maupun pemuda selama tidak sampai menyebabkan terjadinya jima’. Dari ’A`isyah radhiyallahu ’anha beliau berkata :

”Rasulullah pernah menciumi (isteri-isteri beliau) sedangkan beliau dalam keadaan berpuasa, beliau juga pernah bermesraan sedangkan beliau dalam keadaan berpuasa. Namun beliau adalah orang yang paling mampu menahan hasratnya.”
(muttafaq ’alayhi)

Tetapi bagi pemuda yang tidak mampu menahan nafsunya hukumnya makruh kerana Amr bin al-Ash pernah berkata :

”Kami pernah berada di sisi Nabi, datanglah seorang pemuda dan bertanya : Wahai Rasulullah! Bolehkah aku mencium (Isteri) dalam keadaan puasa? Baginda menjawab: Tidak. Kemudian datang pula seorang yang sudah tua dan dia bertanya: Bolehkah aku bercumbu dalam keadaan berpuasa? Baginda menjawab: Ya! Sebahagian kami memandang kepada teman-temannya maka Rasulullah bersabda, sesungguhnya orang tua itu mampu menahan dirinya ( nafsunya )”
( HR Ahmad 2/185, 221)

4. Mimpi basah di siang hari walaupun keluar air mani.


5. Mengakhirkan mandi junub, haidh atau nifas dari malam hari hingga terbitnya fajar. Namun yang wajib adalah menyegerakannya untuk menunaikan sholat. Dalilnya :

”Sesungguhnya Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam masih dalam keadaan berjunub kerana berjima dengan isterinya, kemudian baginda mandi dan terus berpuasa”
( HR Bukhari 4/123 dan Muslim 252 )


6. Berkumur dan istinsyaq (menghirup air ke dalam rongga hidung) secara tidak berlebihan, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam kepada Laqith bin Shabrah :

”Sempurnakan wudhu’ dan selat-selatlah jari jemari serta hiruplah air dengan kuat (istinsyaq) kecuali apabila engkau sedang berpuasa.”
(Shahih, HR ahlus sunan).

7. Menggunakan siwak atau berus gigi untuk menggosok gigi, dengan syarat tidak masuk sesuatu ke dalam perut walaupun di waktu petang. Dalilnya :

”Seandainya tidak menjadi keberatan atas kaumku, pasti aku perintah mereka bersiwak ( gosok gigi ) setiap kali berwudhuk.”
( HR Bukhari 2/311 dan Muslim 252 )

Al-Hafizd Ibnu Hajar Asy-Syafi’i mengatakan dalam Fath : Menurut Imam Bukhari dan Ibnu Khuzaimah, bahawa hadis ini sebagai dalil membolehkan menggosok gigi bagi orang yang berpuasa ketika berwuduk,solat dan selainnya. Ia perintah umum di seluruh waktu, sebelum zawal ( tengahari ) atau setelahnya.

8. Merasai makanan dengan syarat selama tidak ada sedikitpun yang masuk ke dalam perut. Dalilnya :

”tidak mengapa merasa sayur atau sesuatu ( makanan ) selagi tidak sampai ke tenggorokannya, walaupun dia sedang berpuasa”.
( HR Bukhari 4/154, Ibn Saibah 3/47, Baihaqi 4/261 )

9.Bercelak dan menitiskan ubat mata ke dalam mata atau telinga walaupun ia merasakan pahit di kerongkongnya.

10.Suntikan ubat selain injeksi nutrisi ( vitamin ).

11.Menelan air ludah yang berlendir (kahak), dan segala (benda) yang tidak mungkin menghindar darinya, seperti debu, tepung atau selainnya (habuk-habuk halus yang terhirup hingga masuk kerongkong dan sampai perut).

12.Menggunakan ubat-ubatan yang tidak masuk ke dalam pencernaan seperti krim sapu, celak mata, atau ubat lelah (inhaler) bagi penderita asma. Dalilnya :

Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa
(riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu baginda tidak lakukan.

13.Gigi patah, atau keluarnya darah dari hidung, mulut atau tempat lainnya.

14.Mandi pada siang hari untuk menyejukkan diri dari kehausan, kepanasan atau selainnya. Dalilnya :

Di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr).

”Ibnu Umar pernah membasahkan pakaiannya, kemudian meletakkan di atas tubuhnya sedangkan dia dalam keadaan berpuasa”
( Lihat : Ringkasan Sohih Bukhari hal: 145 Al-Albani )

15.menggunakan minyak wangi di siang hari pada bulan Ramadhan.

16.Apabila fajar telah terbit sedangkan gelas ada di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya melainkan setelah ia menyelesaikan hajat-nya, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam :




”Apabila salah seorang dari kalian telah mendengar adzan dikumandangkan
sedangkan gelas masih berada di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sampai ia menyelesaikan hajat-nya tersebut.”
(Shahih, HR Abu Dawud)

17.Berbekam, ”karena Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam pernah berbekam sedangkan beliau dalam keadaan berpuasa.”
(muttafaq ’alayhi).

Adapun hadits yang berbunyi :

”Orang yang membekam dan dibekam batal puasanya”
(Shahih, HR Ahmad)

maka statusnya mansukh (terhapus) dengan hadits sebelumnya dan dalil-dalil yang lainnya.

Ibnu Hazm berkata : ”Hadits ”orang yang membekam dan dibekam batal puasanya” adalah shahih tanpa diragukan lagi, akan tetapi kami mendapatkan di dalam hadits Abu Sa’id :

”Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam memberikan keringanan berbekam bagi orang yang berpuasa” dan sanad hadits ini shahih sehingga wajib menerimanya. Oleh sebab keringanan (rukhshah) itu terjadi setelah ’azimah (ketetapan), maka (hal ini) menunjukkan atas dinaskh (dihapusnya) hadits yang menjelaskan batalnya puasa karena bekam, baik itu orang yang membekam maupun yang dibekam.”
(Lihat Fathul Bari 4:178).

Puasa Sunnah Dan Keutamaannya

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam menganjurkan untuk berpuasa pada hari-hari berikut ini :

1. Puasa enam hari pada bulan Syawwal. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda :

”Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawwal, sepadan (pahalanya) dengan puasa dahr (selamanya).” (HR Muslim dan selainnya)

Dan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam :

”Puasa bulan Ramadhan itu sepadan dengan berpuasa selama sepuluh bulan, dan puasa enam hari setelah Ramadhan sepadan dengan berpuasa selama dua bulan. Maka yang demikian inilah sama dengan puasa setahun penuh.”
(Shahih, HR Ahmad).

Sekiranya puasa ini diulangi terus setiap tahun, seperti berpuasa Dahr.”

2. Puasa hari ’Arofah bagi selain orang yang berhaji. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda :

”Puasa pada hari ’Arofah, aku mengharap kepada Allah supaya menghapuskan dosadosa setahun sebelum dan setelahnya.”
(HR Muslim).

3. Puasa hari ’Asyura` (10 Muharram) dan sehari sebelumnya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda :

”Puasa hari ’Asyura` aku mengharap kepada Alloh supaya menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.”
( HR Muslim)

Dan sabda beliau :

”Jika aku masih hidup hingga tahun depan, niscaya aku akan berpuasa pada tanggal sembilan (Muharram).”
(HR Muslim).

4. ”Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam lebih banyak berpuasa pada bulan Sya’ban”
(muttafaq ’alayhi)

5. ”Seutama-utama puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah Muharram”
(HR Muslim).

6. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda :

”Amal dinampakkan pada hari Isnin dan Khamis dan aku menyukai apabila amalku dinampakkan, aku dalam keadaan berpuasa.”
(Shahih, HR Nasa`i).

Beliau pernah ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin, lalu beliau menjawab :


”Itu adalah hari aku dilahirkan dan hari diturunkan (wahyu) kepadaku.”
(HR Muslim).

7. Berpuasa pada hari-hari putih (ayyamul baidh, tiga hari pertengahan bulan Qomariyah), sebagaimana ucapan salah seorang Sahabat radhiyallahu ’anhu :

”Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam memerintahkan kami untuk berpuasa setiap bulannya pada tanggal 13,14 dan 15.”
(Hasan, HR Nasa`i dan selainnya).

8. Berpuasa sehari dan berbuka sehari. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda :

”Puasa yang paling dicintai Allah adalah puasa Daud ( Nabi Daud ) dan sholat yang paling Allah cintai adalah sholatnya Daud. Beliau tidur pada pertengahan malam kemudian bangun pada sepertiganya dan tidur kembali pada seperenam malam. Beliau berbuka sehari dan berpuasa sehari.”
(muttafaq ’alayhi).

Peringatan Penting

1. Janganlah seorang wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisinya melainkan dengan izinnya. Apabila ia berpuasa sunnah dan suaminya memerintahkannya untuk berbuka maka ia harus berbuka kecuali puasa yang wajib. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda :

”Janganlah seorang wanita berpuasa sedangkan suaminya berada di sisinya
melainkan dengan izinnya kecuali Ramadhan”
(muttafaq ’alayhi).

2. Seorang yang berpuasa sunnah berkuasa atas dirinya, apabila ia berkehendak ia boleh berpuasa dan apabila ia berkehendak ia boleh berbuka. Tidak wajib baginya berniat sebelum berpuasa, kecuali puasa yang wajib.

Dari ’Aisyah radhiyallahu ’anha beliau berkata, pada suatu hari Rasulullah mendatangiku dan berkata : ”Apakah kamu punya sesuatu (yang boleh dimakan)?” Saya menjawab : ”Tidak ada”. Beliau lantas berkata : ”Kalau begitu aku sekarang berpuasa.” Kemudian pada kesempatan yang lain beliau mendatangiku lagi, lalu aku mengatakan kepada beliau : ”Wahai Rasulullah, kita diberi hadiah haysun.” Beliau mengatakan : ”Bawalah kemari. Aku tadi pagi sebenarnya berpuasa.” lalu beliau memakannya.”
(HR Muslim)

[Haysun adalah kurma yang dicampur minyak dan susu lalu dilumatkan/ditumbuk.]






Sholat Malam (Qiyam) Ramadhan

1. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda :

”Barangsiapa yang melakukan sholat malam pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala, diampuni dosanya yang telah lalu.”

2. Seorang lelaki dari Bani Qodho’ah datang kepada Rasulullah lalu berkata : ”Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku bersyahadat bahwa tidak ada sesembahan yang berhak untuk disembah kecuali Allah dan engkau adalah utusan Allah, aku menunaikan sholat lima waktu, berpuasa sebulan penuh dan menegakkan sholat malam di bulan Ramadhan serta menunaikan zakat!” Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam menjawab : ”Barangsiapa yang meninggal dalam keadaan demikian, maka ia termasuk golongan shiddiqin dan syuhada’.”
(Shahih HR Ibnu Khuzaimah).

3. ”Adalah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam melaksanakan sholat malam sebanyak tiga belas rakaat : di dalamnya sholat witr dan dua rakaat sholat fajar.” (HR Bukhari).

4. ”Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam tidak pernah menambah baik di bulan Ramadhan maupun selainnya sholat malam lebih dari 11 rakaat. Beliau sholat 4 rakaat dan janganlah menanyakan bagaimana bagus dan panjangnya, lalu sholat 4 rakaat dan janganlah menanyakan bagaimana bagus dan panjangnya, lalu beliau sholat 3 rakaat.”
(muttafaq ’alaihi).

[Boleh sholat tarawih pada awal malam namun yang utama adalah pada akhir malam.]

Lailatul Qodar dan Keutamaannya

1. Allah Ta’ala berfirman :

“Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qodar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”
(QS Al-Qodar 1-5).

2. Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam apabila telah memasuki sepuluh (hari terakhir Ramadhan), beliau mengemaskan ikat pinggangnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.
(muttafaq ’alayhi)

[Mengemaskan ikat pinggangnya iaitu bersungguh-sungguh di dalam ibadah dan menjauhi dari berkumpul (jima’) dengan isteri-isteri beliau].

3. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda :

”Barangsiapa yang menegakkan sholat pada malam Laylatul Qodar dengan keimanan dan penuh pengharapan, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (muttafaq ’alaihi)

Dan sabda beliau :

”Carilah malam laylatul qodar pada malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan ( 21,23,25,27,29 )”
(HR Bukhari).

4. Dari ’Aisyah beliau berkata :

” Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda apabila aku mengetahui bila terjadinya malam laylatul qodar, apa yang seharusnya aku ucapkan di dalamnya?” Beliau menjawab : ”Ucapkanlah :”Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengampuni, maka ampunilah aku.”
(Shahih, HR Turmudzi).


I’tikaf

1. Makna I’tikaf secara syariat adalah : mendiami Masjid dan menetap di dalamnya dengan niat bertaqorrub kepada Alloh Ta’ala.

2. Disyariatkannya : Para ulama bersepakat akan pensyariatannya. ”Karena Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam dulu pernah beri’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan sampai Alloh Azza wa Jalla mewafatkan beliau. Kemudian isteri-isteri beliau beri’tikaf setelah wafatnya beliau.”

3. Jenis-jenis i’tikaf :

a. I’tikaf yang wajib : yaitu apabila seseorang mewajibkan atas dirinya untuk melakukannya dengan sebab nadzar.

b. I’tikaf yang sunnah : yaitu apabila seorang muslim melaksanakannya dengan maksud mendekatkan diri kepada Alloh dan meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam. Ditekankan pelaksanannya pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan.

4. Waktu i’tikaf :
”Adalah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam apabila bermaksud untuk melaksanakan i’tikaf, beliau sholat fajar lalu memasuki tempat i’tikaf beliau.”
(muttafaq ’alaihi)

[Yaitu pada pagi hari kesepuluh bulan Ramadhan].

”Nabi pernah beri’tikaf pada sepuluh hari di bulan Syawwal.”
(muttafaq ’alayhi).

5. Syarat mu’takif (orang yang beri’tikaf) : Dia haruslah seorang yang mumayyiz (berakal sehat dan baligh) dan suci dari junub, haidh dan nifas.

6. Rukun I’tikaf : Menetap di masjid dengan niat mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.

7. Yang dibolehkan bagi orang yang beri’tikaf :

a. Keluar dari tempat i’tikaf-nya untuk menghantar keluarganya.

b. Menyikat rambut, mencukur rambut, menggunting kuku, membersihkan badan (mandi), berwangian dan menggunakan pakaian yang bagus.

c. Keluar dari masjid untuk menunaikan hajat yang mendesak, seperti buang air besar dan kecil, makan dan minum apabila tidak ada yang mengantarkan makanannya.

d. Bagi seorang yang beri’tikaf, ia haruslah makan, minum dan tidur di Masjid dengan tetap harus menjaga kebersihannya.

8. Etika di dalam I’tikaf :

Dari ’Aisyah radhiyallahu ’anha beliau berkata : ”Tuntunan di dalam i’tikaf yaitu tidak keluar kecuali untuk menunaikan hajat yang mendesak, tidak mengunjungi orang sakit, tidak menyentuh dan berkumpul (jima’) dengan isterinya, dan tidak ada i’tikaf kecuali di Masjid Jama’ah. Juga merupakan tuntunan adalah bagi orang yang beri’tikaf tetap harus berpuasa.”
(Shahih, HR al-Baihaqi).

9. Yang membatalkan i’tikaf : Jima’, keluar dari masjid tanpa ada keperluan secara sengaja, hilangnya ingatan karena gila atau mabuk, dan mengalami haidh dan nifas.

10.Yang disunnahkah bagi mu’takif : Memperbanyak ibadah-ibadah nafilah seperti sholat, membaca Al-Qur`an, berdzikir dan membaca buku-buku agama.

11.Yang dibenci bagi mu’takif : Menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang tidak bermanfaat baik berupa perkataan maupun perbuatan, dan menahan diri dari berbicara dengan anggapan hal ini sebagai pendekatan diri kepada Allah.
[Lihat Fiqhus Sunnah].

Zakat Fitrah

1. Hukumnya : Wajib atas tiap individu kaum muslimin, baik anak-anak mahupun dewasa, laki-laki atau wanita dan merdeka ataupun hamba.

2. Atas siapa diwajibkannya : atas muslim yang merdeka, memiliki (makanan) dalam takaran satu sha’ (gantang) yang lebih dari makanan asasnya dan makanan untuk keluarganya selama sehari semalam, maka wajib atasnya mengeluarkan zakat untuk dirinya dan orang yang ia tanggung nafkahnya, seperti isterinya, anak-anaknya dan siapa saja yang berada dalam pertanggungannya, dan dianggap hal ini sebagai infak terhadap mereka.

3. Kadarnya : Satu sha’ (gantang) kurma, tepung, gandum atau yang semisalnya yang dianggap sebagai makanan asas dan dikeluarkan menurut makanan pokok majoriti di negeri tersebut, baik berupa beras, jagung atau selainnya. [kadarnya lebih kurang 2.5 kg].

Dari Ibnu ’Umar radhiyallahu ’anhuma beliau berkata :

”Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam mewajibkan zakat fithrah pada bulan Ramadhan sebanyak satu sha’ kurma atau gandum, atas seorang hamba sahaya ataupun yang merdeka, pria maupun wanita, anak-anak maupun dewasa, dari kaum muslimin.”
(muttafaq ’alayhi)

4. Hikmah disyariatkannya :

a. Sebagai penyucian bagi orang yang berpuasa yang jatuh ke dalam perbuatan laghwun dan rafats. [Laghwun adalah ucapan atau perbuatan yang tidak ada faidahnya (sia-sia) sedangkan Rafats adalah ucapan yang keji].

b. Sebagai bantuan kepada kaum fakir miskin serta membantu mereka dari meminta-minta pada hari ied ( hari Raya ).

5. Penyalurannya : Zakat fithrah disalurkan kepada kaum miskin, sebagaimana dalam sebuah hadits dimana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda :

”Zakat Fithrah itu menyucikan seorang yang berpuasa dari laghwun dan rofats serta sebagai makanan kaum miskin.”
[shahih].

Maksud orang miskin merujuk kepada penjelasan di dalam sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam :

”Yang tidak memiliki sesuatu yang dapat mencukupi kebutuhannya dan tidak pula memadai, maka dia disedekahi dan tidak meminta kepada manusia sedikitpun.”
(muttafaq ’alaihi)

6. Waktu dikeluarkannya : Wajib mengeluarkannya sebelum pelaksanaan sholat ’ied, dan boleh mengeluarkannya sehari atau dua hari sebelum ied.

Dari Ibnu ’Abbas radhiyallahu ’anhuma beliau berkata :

”Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam mewajibkan zakat fithrah sebagai penyucian bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan kotor dan sebagai makanan orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum sholat (ied) maka ia adalah zakat yang diterima, dan barangsiapa yang menunaikannya setelah sholat (ied) maka ia termasuk sedekah dari jenis-jenis sedekah lainnya (bukan termasuk zakat fithri).”
(Hasan, HR Abu Dawud, Ibnu Majah, dan selainnya).


Sholat Dua ’Ied di Musholla

1. Mandi dan berwangian serta berpakaian dengan pakaian terbagus. Ajaklah keluarga dan anak-anakmu bersegera ke musholla (lapangan tempat pelaksanaan sholat ied ) pagi-pagi lalu kembalilah dari jalan yang lain.

2. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam memerintahkan kami agar kami mengajak keluar untuk melaksanakan sholat iedul fithri dan adhha para hamba sahaya, wanita haidh dan gadis-gadis pingitan. Adapun wanita haidh mereka (diperintahkan untuk) menjauhi tempat sholat dan menyaksikan kebaikan serta dakwah kaum muslimin. Saya berkata : ”Wahai Rasulullah, ada diantara kami yang tidak memiliki jilbab?” Rasulullah menjawab : ”Hendaklah saudarinya meminjamkan jilbabnya memakaikannya.”
(muttafaq ’alayhi)

3. Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam tidak berangkat sholat pada hari iedul fithri sampai beliau makan beberapa buah kurma yang jumlahnya ganjil.” [ganjil mencakup bilangan 1,3,5,7,9]

4. Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam keluar untuk menunaikan sholat iedul fithri dan adhha ke lapangan, dan hal pertama yang beliau lakukan adalah sholat.
(HR al-Bukhari).

5. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda : ”Takbir ketika ’iedul fithri adalah tujuh kali di rakaat pertama dan lima kali di rakaat kedua, dan membaca (Al-Fatihah) setelahnya pada setiap rakaat.”
(Hasan, HR Abu Dawud)

Pengajaran Hadits

Pengajaran hadits yang dapat dipetik dari hadits-hadits di atas adalah :

1. Sholat dua ’ied hukumnya wajib, yaitu berjumlah dua rakaat, di mana seorang yang sholat bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua, kemudian membaca Al-Fatihah dan surat lainnya yang mudah.

2. Sholat ied itu dilaksanakan di musholla (tanah lapang) yaitu tempat yang dekat dengan masjid namun di luar bangunan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam keluar ke tempat ini untuk menunaikan sholat dua ied dan beliau disertai oleh anak-anak kecil, kaum wanita, para remaja bahkan kaum wanita yang mengalami haidh.

Al-Hafizh Ibnu Hajar asy-Syafi’i berkata di dalam al-Fath :

“Di dalamnya beliau keluar untuk menunaikan sholat di musholla dan tidak boleh dilaksanakan di Masjid kecuali apabila dalam keadaan darurat,” [Seperti hujan atau dingin]

3. Ditekankan bertakbir semenjak malam iedul fithri dan berakhir sampai selesainya sholat ied. Allah Ta’ala berfirman :

”Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian”

Amalan Yang Menyalahi Sunnah Di Hari Raya

1. Ziarah kubur.

Telah berlangsung kebiasaan mengunjungi perkuburan pada saat perayaan ied, dan tidak ada dalil yang menunjukkan pengkhususannya dilakukan pada saat ied. Imam Asy-Syafi’i mengharamkan perbuatan tersebut dengan dalil-dalil berikut :

“Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam : Jangan jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya.“
( HR Ahmad 2/367 dan Abu Daud 2042. Hadis Shahih )

Imam Asy-Syafi’i telah berfatwa :
“Dimakruhkan ( Haram ) membawa makanan ke kuburan“.
( Rujuk : I’aanathul Thoolibin Juz 2 Hal 146 )

Dilarang duduk di kawasan kuburan. Dalilnya :

”Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam :jika salah seorang kamu duduk di atas bara api membakar sampai menembusi pakaianmu lalu membakar kulitnya,masih lebih baik baginya daripada ia duduk di atas kuburan.”
( HR Muslim 3/62, Abu Daud 3228 )

2. Ikhtilath ( percampuran di antara lelaki dan wanita).

Lelaki dan wanita bercampuran di perkuburan dan di perayaan ied. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda :

”Tidak aku tinggalkan sebuah fitnah sepeninggalku nanti yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain fitnah wanita.”
(muttafaq 'alayhi)

3. Membaca Al-Qur`an di kawasan perkuburan.

Telah datang larangan membaca Al-Qur`an dalam sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam :

“Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian itu seperti kuburan. Sesungguhnya rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al-Baqoroh akan menyebabkan syaithan lari darinya.”
(HR Muslim).

Dan ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam berada di kubur salah seorang sahabat beliau setelah dikuburkan, beliau bersabda kepada para sahabatnya : ”Mohonkanlah ampun untuk saudaramu ini dan mintalah kemantapan atasnya, karena dirinya sekarang sedang ditanya (oleh malaikat).” (Shahih, HR Hakim).

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam mengajarkan para sahabatnya bahwa apabila hendak masuk kawasan perkuburan hendaklah mengucapkan :

”Salam kesejahteraan atas kalian wahai para penghuni makam dari kaum mukminin dan muslimin, dan sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul kalian. Saya memohon kepada Alloh bagi kami dan kalian keselamatan.” [yaitu dari siksa].
(HR Muslim)

Sunday, August 23, 2009

RAMADHAN BERSAMA RASULULLAH SAW ( SIRI 1 )


Sesungguhnya, bulan Ramadhan adalah bulan mulia lagi penuh berkat yang ditunggu-tunggu oleh kaum muslimin. Namun, sudahkah kaum muslimin mempersiapkan dirinya di dalam menyambut tamu yang agung ini? Sesungguhnya, tidak mempersiapkan diri di dalam menyambut tamu yang agung ini adalah suatu kerugian dan satu sikap yang tidak menghormati bulan yang mulia ini. Oleh karena itulah, di dalam menyambut bulan yang mulia ini, saya berusaha menyusun sebuah tulisan yang sangat sederhana ini, sebagai bekalan dan panduan ringkas di dalam menghadapi bulan Ramadhan. Method tulisan inilah adalah bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis-hadis yang shahih. Ia dinamakan “Menyambut Ramadhan Bersama Rasulullah SAW” supaya sepanjang Ramadhan ini kita menghayati Sunnah-sunnah baginda supaya puasa kita lebih sempurna Insyaallah. Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja boleh berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti. Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan. Disiplinkan diri kita untuk merujuk dalil dan sumber yang shahih bila berbicara soal agama. Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunnah. Namun saya percaya banyak kelemahan di sana sini kerana kejahilan dan kelemahan saya sendiri. Semoga apa yang dihasilkan ini berguna dan bermanfaat bagi kaum muslimin dan menjadi saham bagi kita di dalam menghadapi hari, dimana harta dan anak-anak tidaklah befaedah sedikitpun, kecuali hati yang selamat.



Muqaddimah

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, Maka Itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”

( al-Baqarah : 183-185)

Pengajaran Ayat

1. Allah mewajibkan puasa terhadap kaum mukminin sebagaimana Allah wajibkan atas orang-orang sebelum mereka yang mana di dalam puasa ini terdapat faedah-faedah bagi dunia dan akhirat.

2. Diperolehnya tingkatan takwa kepada Allah Azza wa Jalla di dalam puasa.

3. Puasa wajib itu hari-harinya spesifik tertentu, namun tidaklah lebih dari tiga puluh hari.

4. Orang yang sakit dan musafir, diperbolehkan berbuka pada bulan Ramadhan dan wajib atas mereka menggantinya (qodho’).

5. Dahulu, ada pilihan antara berbuka di bulan ramadhan dan membayar fidyah atau berpuasa, kemudian hukumnya dimansukh (dihapus) dan berpuasa di bulan Ramadhan menjadi wajib hukumnya.

6. Keutamaan bulan Ramadhan dan keutamaan Al-Qur`an yang Allah turunkan di dalamnya.

7. Wajibnya berpuasa atas mukallaf (orang yang mendapatkan beban kewajiban) yang mendapati bulan Ramadhan.

8. Syariat Allah yang samhah (toleransi) dan mudah, jauh dari kesukaran dan kesulitan.

9. Mengagungkan Allah dengan bertakbir pada hari ‘ied ( Hari Raya ) dan ucapan syukur atas nikmat-nikmat Allah.

Puasa Termasuk Rukun Islam

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

”Islam dibangun atas lima hal :

1. Syahadah (persaksian) Laa ilaaha illalloh لا معبودا بحق إلا الله] : tiada sesembahan yang hak kecuali Allah] dan Muhammad Rasulullah Muhammad yang Alloh mengutus beliau untuk menyampaikan agama-Nya dan wajib mentaati beliau di dalam semua yang beliau sampaikan dari Allah.]

2. Mendirikan solat [menunaikan pada waktunya dengan memenuhi rukun-rukun dan kewajipan-kewajipannya dengan tenang dan khusyu’.]

3. Menunaikan zakat [Apabila seorang muslim memiliki sekurang-kurangnya
85 gram emas atau wang yang senilai dengannya, maka ia harus membayarkan zakatnya sebesar 2.5 persen setelah satu tahun. Adapun selain wang maka ada ukurannya tersendiri.]

4. Menunaikan haji ke baitullah [bagi orang yang memiliki kemampuan, yaitu orang yang mampu membiayai perjalanan pergi dan pulang beserta nafkahnya sedangkan ia tidak memiliki hutang.]

5. Berpuasa Ramadhan [yaitu menahan diri dari makan, minum, jima’ (berkumpul dengan isteri) dan setiap hal yang dapat membatalkan puasa dari fajar sampai terbenamnya matahari dengan niat untuk beribadah kepada Alloh Ta’ala.]
(Muttafaq ‘alaihi)

Puasa Ramadhan Dan Hukumnya

1. Definisi puasa : ialah menahan diri dari makan, minum, jima’ dan seluruh hal yang dapat membatalkannya dengan niat beribadah kepada Allah Ta’ala bermula terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari.

2. Hukumnya : wajib atas setiap muslim yang telah baligh (dewasa), berakal, mampu melaksanakannya dan mukim (menetap). Wajib pula bagi wanita apabila telah suci dari haidh dan nifas (darah pasca bersalin).

3. Ramadhan ditetapkan dengan melihat hilal (anak bulan sabit) atau menyempurnakan Sya’ban sebanyak 30 hari [apabila terhalang melihat hilal]. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda :

“Berpuasalah karena melihat hilal dan berbukalah karena melihatnya. Apabila (penglihatan) kalian terhalang maka sempurnakan bulan Sya’ban tiga puluh hari.” (Muttafaq ‘alaihi)

4. Hukum Niat : wajib berniat untuk puasa ramadhan dan bagi orang yang berpuasa cukuplah baginya meniatkan di dalam hatinya. Tidak ada dalilnya melafazhkan niat baik ketika puasa ataupun sholat. Barangsiapa yang bersahur sebelum fajar maka ia telah berniat dan barangsiapa yang menahan dari makan, minum dan pembatal puasa di tengah hari dengan ikhlas kepada Alloh, maka ia telah berniat walaupun ia tidak bersahur. [Lihat Fiqhus Sunnah].

Keutamaan Ramadhan dan Puasa

1. Allah Ta’ala berfirman :

”Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur`an”
[QS Al-Baqoroh : 185].

2. Allah Ta’ala berfirman :

”Sesungguhnya kami menurunkannya di malam lailatul qodar.”
[QS Al-Qodar : 1].

3. Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

”Apabila Ramadhan telah masuk, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu jahannam ditutup serta syaithan-syaithan dibelenggu.”

Di dalam riwayat lain :

”Apabila Ramadhan telah datang, pintu-pintu surga dibuka”.

Di dalam riwayat lain :

”Pintu-pintu rahmat dibuka”.

[Muttafaq ’alaihi]

4. Di dalam hadits riwayat Turmudzi :

”Berseru seorang penyeru, wahai orang yang menghendaki kebaikan lakukan dan laksanakanlah, wahai orang yang menghendaki keburukan kurangilah. Dan Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka dan hal ini terjadi setiap malam sampai berakhirnya Ramadhan.”
[dihasankan oleh al-Albani].

5. Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

”Setiap amal anak Adam dilipatgandakan, kebaikan diganjari sepuluh kali ganda yang sepadan dengannya hingga sampai seratus kali ganda, bahkan hingga sampai kepada apa yang Allah kehendaki. Allah Azza wa Jalla berfirman : kecuali puasa, karena sesungguhnya puasa itu untukku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya. Ia meninggalkan syahwat dan makannya hanya karena Aku. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, yaitu kegembiraan tatkala ia berbuka dan kegembiraan tatkala ia bertemu dengan Rabb-nya. Sungguh bau mulut seorang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah dibandingkan harumnya kesturi.”
[muttafaq ’alaihi].

6. Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

”Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang disebut dengan ar-Royyan. Orang-orang yang berpuasa masuk darinya pada hari kiamat, dan tidak ada seorangpun selain mereka yang dapat memasukinya. Apabila mereka (orang-orang yang berpuasa) telah memasukinya pintu tersebut ditutup, dan tidak ada lagi seorangpun yang dapat memasukinya.”
[Muttafaq ’alaihi].

7. Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

”Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan ihtisab (mengharap balasan dari Allah) maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” [Muttafaq ’alaihi].

8. Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

”...antara sholat lima waktu, antara Jum’at yang satu ke Jum’at yang lain dan antara Ramadhan yang satu ke Ramadhan yang lain, terdapat kafarat (penghapus dosa) diantaranya, selama dosa-dosa besar dijauhi.”
[HR Muslim].

9. Dari Abi Umamah beliau berkata :

Aku mendatangi Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam dan aku berkata : ”Tunjukkan padaku amalan yang dapat memasukkanku ke surga.” Beliau menjawab : ”berpuasalah karena tidak ada yang sepadan dengannya.” Kemudian aku mendatangi beliau kedua kalinya, beliau tetap berkata : ”Berpuasalah”.
[Shahih, HR Ahmad].

10.Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

”Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Alloh, melainkan Allah jauhkan pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh tujuh puluh kharif (jarak perjalanan).” [HR Muslim].

11.Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

”Puasa dan Al-Qur`an memberikan syafa’at bagi seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata : Wahai Rabb, sesungguhnya aku telah menahannya dari makan dan syahwat di siang hari, maka berilah dia syafa’at karenaku.”
[Shahih, HR Ahmad dan selainnya].

Wednesday, August 19, 2009

TUGASAN YANG MENGGEMBIRAKAN


Pada tahun ini, setelah agak lama berstatus anak yatim tanpa 'ayah',akhirnya Politeknik Merlimau menerima seorang pengarah baru. seorang yang idealis dan tinggi cita-citanya. Menjadi pengarah Politeknik Merlimau yang telah berstatus 'ceri di atas kek' sememangnya memerlukan kerja keras untuk mempertahankannya. inilah politeknik yang pertama dianugerahi persijilan kualiti 5S dan sekarang akan dipacu pula untuk anugerah kualiti perdana menteri. Bukan sedikit masa dan tenaga diperlukan oleh semua staf untuk mencapai wawasan itu dalam keadaan sibuk, sibuk dan sibuk. Tugas sampingan jadi tugas utama dan mengajar jadi tugas kedua. Semua itu perlu semangat dan disiplin pengurusan masa yang cukup tinggi. Tanpa semangat 'kerja itu ibadah dan dakwah', mustahil semua itu mampu diteruskan.

Saya melapor diri di sini pada awal Ramadhan tahun lepas. Sabtu ini insyaallah bertemu sekali lagi Ramadhan memberi makna sudah hampir satu tahun saya berkhidmat di sini. pelbagai tanggungjawab diberikan- pensyarah modul,penyelaras modul,imam dan penceramah Pusat Islam,pegawai kualiti,juruaudit dalaman,jawatankuasa ICT,wakil Unit Multimedia,editor Buletin Jabatan,Jawatankuasa Penerbitan dan bla bla..sebagai ayah dan suami di rumah..!!

hasilnya..?

"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup,Wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri,Dengan Rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekelip mata tanpa mendapat pertolongan dari-Mu"

semoga doa yang diajar oleh Rasulullah saw ini mampu memberi saya kekuatan mengurus semua itu.

Semenjak pengarah baru mula menjalankan tugas, banyak program dan aktiviti yang dijalankan. saya tidak berminat menceritakan segala yang dirancang tetapi saya tertarik dengan salah satu 'tugasan' wajib pengarah kepada setiap pensyarah iaitu membuat ulasan buku ilmiah sekurang-kurangnya tiga buah buku sebulan. Setiap ulasan yang dihantar akan dipilih untuk dibentangkan semasa perhimpunan bulanan. Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan tugas wajib ini. Ini secara tidak langsung memupuk pembudayaan ilmu yang sangat baik. Sekurang-kurangnya sahabat-sahabat sejawatan dengan saya tidak lagi berada di zon selesa membuat perkara sia-sia bagi sesetengah orang. Sebenarnya saya telah mulakan tugasan membuat ulasan buku kepada pelajar-pelajar saya bermula pada semester lepas lagi.

Tugasan Pengarah kepada kami ini memberi peluang kepada saya untuk mengenengahkan ulasan terhadap buku ilmiah yang bermanfaat dan berkualiti dari sudut penulis yang kompeten, fakta yang sahih dan pemahaman yang tepat. Saya telah memilih buku bertajuk “MENANGKIS PENCEMARAN TERHADAP AGAMA & TOKOH-TOKOHNYA” yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Berikut adalah ulasan saya terhadap buku beliau :

Buku tulisan Dr Asri Zainul Abidin ini cuba membersihkan maklumat-maklumat salah mengenai Islam yang terdiri daripada hadith-hadith yang palsu dan riwayat-riwayat yang tertolak. Ia datang daripada pelbagai sumber, seperti para penceramah yang tidak memegang disiplin ilmu, buku-buku sufi, maulid, sirah, Syiah dan riwayat israiliyyat. Demikian juga maklumat-maklumat salah mengenai tokoh-tokoh Islam, seperti para sahabat, khalifah dan ulama. Garis panduan mengelakkan kita terjerumus dalam kesilapan fakta juga dijelaskan oleh penulis.
Buku ini terdiri daripada tiga bab utama iaitu AMANAH ILMU, SUMBER-SUMBER AGAMA YANG PERLU DITELITI dan MENYEMAK BERITA MENGENAI TOKOH AGAMA DAN UMAT.
Dalam bab yang pertama, penulis menekankan kepada kita tentang kewajipan memastikan kesahihan maklumat. Ini merupakan satu disiplin yang perlu ada pada setiap pengkaji dan penuntut ilmu agar maklumat yang dibaca atau dikaji diyakini bersumber kepada fakta dan dalil yang benar. Ilmu sesekali tidak dibina di atas dasar sangka-sangkaan. Ilmu-ilmu yang berkaitan kehidupan manusia seperti sains memerlukan hasil kajian berpandukan fakta dan angka yang tepat, apatah lagi ilmu agama yang diturunkan oleh Tuhan untuk menjadi panduan manusia lebih perlu dipelihara ketulenannya. Penulis memberikan beberapa langkah yang perlu diambil oleh penuntut ilmu sebagai disiplin penapisan maklumat dan mengenal pasti sumber-sumber pembawa berita yang terkenal membawa maklumat-maklumat agama yang tidak tulen seperti golongan fasik, ahli bidaah, musuh-musuh dakwah, golongan taasub dan hasad. Mereka ini terkenal sebagai golongan yang banyak melakukan penyelewengan fakta mengenai tokoh, sejarah dan teks-teks agama.
Sebagai seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis, penulis telah membuat beberapa kritikan ilmiah terhadap sumber-sumber agama yang kurang diteliti oleh para penuntut ilmu sehingga berlaku banyak penyelewengan fakta terhadap agama, sejarah dan tokoh-tokoh yang terlibat. Hal ini disentuh secara mendalam dalam bab yang kedua. Penulis turut memberikan beberapa contoh yang terkini melibatkan individu-individu tertentu yang tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam atau sekadar sebulan dua di pusat pengajian tertentu kemudiannya muncul di tengah masyarakat dengan membawa huraian-huraian yang salah tentang Islam di sana-sini. Penulis menyatakan kekecewaannya berkenaan fenomena ini kerana kesannya, manusia mengambil agama daripada golongan jahil lalu berlaku penyelewengan dalam agama. Penulis agak tegas apabila membicarakan soal Syiah iaitu satu kumpulan yang taasub dan banyak penyelewengan fakta telah mereka lakukan dalam sejarah Islam semata-mata ingin menegakkan ideologi sesat mereka. Jenayah-jenayah ilmiah yang dilakukan oleh puak Syiah dihuraikan secara terperinci oleh penulis.
Dalam bab yang ketiga, penulis memberikan beberapa contoh fakta atau cerita yang popular dalam masyarakat di mana hakikat disebaliknya adalah cerita yang tidak tulen dan tidak ada sumbernya sama sekali. Di antara kisah yang popular ialah kisah seorang sahabat yang bernama Tha’labah yang enggan membayar zakat setelah kaya hasil doa Rasulullah SAW untuknya. Tha’labah asalnya seorang yang miskin dan meminta kepada Rasulullah SAW agar mendoakannya agar menjadi seorang yang kaya. Setelah menjadi seorang yang kaya, Tha’labah berubah dan enggan menunaikan perintah Allah dan Rasul. Akhirnya Tha’labah dikecam oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Inilah kisah yang diimani oleh ramai penuntut ilmu dan merupakan kisah yang popular menghiasi ceramah-ceramah agama dalam masyarakat. Hakikatnya ia merupakan fitnah yang besar terhadap sahabat Rasulullah SAW dan menurut sumber yang sahih Tha’labah merupakan salah seorang syuhada yang gugur di medan Uhud. Banyak lagi contoh-contoh yang dikemukakan oleh penulis di dalam bab ini yang melibatkan tokoh-tokoh dalam Islam.
Di dalam bab yang terakhir, penulis menekankan betapa penting para penuntut ilmu meneliti dan menilai fakta-fakta ilmu terutamanya ilmu agama agar ketulenan agama dan tokoh-tokohnya dapat dipelihara dan kekal ketulenannya sepertimana agama ini diturunkan kepada kita. Tanpa ada disiplin ilmu ini, sudah tentu akan berlaku banyak hasil pandangan dan pegangan yang tidak tepat hasil sumber ilmu yang tidak sahih. Penulis turut menyatakan contoh-contoh yang berlaku dalam agama wahyu seperti Yahudi dan Kristian yang tidak lagi tulen dan tertolak pegangan mereka hasil tokok tambah tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab sehingga agama dari langit itu hilang ketulenannya.

biodata penulis buku :

Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ph.d. Lahir pada tahun 1971. Sekarang sebagai Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM dan sedang menjalani cuti sabatikal di United Kingdom. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya di Kolej Islam Klang. Memperoleh B.A ( Hons ) Bahasa Arab & Syariah dari University Of Jordan dan mendapat 5 Ijazah Sanad Hadis menerusi jalur ulama India (2001). Kemudian mendapat Sarjana Pengajian Islam di USM dan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengajian Hadith dari Universiti Islam Antarabangsa. Pernah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008). Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang akademik dan dakwah, beliau mendapat beberapa anugerah seperti Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H, Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H dan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H. Beliau telah menghasilkan 22 buah buku ilmiah dan 44 kertas kerja dalam pelbagai seminar peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau juga aktif menulis dan merupakan Kolumnis Tetap Mingguan Ruangan Pena Mufti, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA. (11 Mac 2007-30 Nov 2008). Kolumnis Tetap Minda DR. MAZA dari UK, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA (13 Disember 2008- sekarang) Pemilik Laman Web ‘MINDA TAJDID’ : drmaza.com.

Tuesday, August 18, 2009

BERAMAL DENGAN ILMU YANG SOHIH


Setakat tulisan ini ditulis, banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Terlalu banyak peristiwa yang penting dan harus dicatat sebagai sejarah kehidupan manusia. Terlalu banyak hikmah-hikmah yang tersirat di setiap peristiwa yang Allah aturkan untuk difikirkan oleh golongan ulul albab. Setiap kali bercadang menulis blog, saya kagum melihat istiqomah dan kesungguhan para ulamak, cendekiawan, para pejuang dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mencurah ilmu untuk dikongsi bersama di blog masing-masing. Semua peristiwa dan fakta didepani kalam Allah dan sabda Rasullullah saw. Inilah sifat orang yang beriman, setiap perkara yang berlaku perlu dirujuk kepada dua asas tersebut. Firman Allah :

59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.( an-nisa :59 )

Bermula dengan penularan wabak H1N1 yang setakat ini telah meragut 67 nyawa di Malaysia, masyarakat mula kaget dan mula mencapai apa sahaja sebagai perisai dan pendinding daripada wabak membunuh tersebut. Wanita yang selama ini memandang remeh ancaman-ancaman Allah terhadap mereka yang tidak menutup aurat tanpa segan silu terus ’berpurdah’ dek kerana bimbang virus selsema babi itu masuk ke dalam lubang hidung mereka. Mereka yang selama ini tidak tahu kewujudan masjid atau surau berdekatan rumah mereka berbondong-bondong ke rumah Allah untuk bersolat hajat dan mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam. Mereka yang selama ini gemar melancong ke pasaraya tak kira malam atau siang mula mengurung diri di dalam rumah kerana takutkan kematian.

Manusia yang mula hilang punca akan kembali kepada Allah. Itulah fitrah seorang manusia akan kembali kepada Tuhan apabila berada di saat-saat genting. Namun apabila kembali kepada Allah dalam keadaan jahil, maka banyaklah kesilapan dan kelompangan berlaku di sana sini. Di antaranya penyebaran doa yang kononnya mampu menangkis wabak yang membunuh itu. Malangnya doa itu bukan sahaja tiada dalam al-Quran dan Hadis malah mengandungi unsur syirik kerana lafaz tawassul ke atas manusia yang telah mati iaitu Rasulullah saw, Fatimah ra, Ali ra, Hasan serta Hussain. Secara umum dapat dilihat golongan yang mereka doa ini. Sila rujuk gambar di atas.

Begitulah sifat musuh Islam seperti Syiah ini. Mereka bertopengkan pembela ahlu Bait ( keluarga nabi saw ) tetapi kerja mereka adalah kerja syaitan atas nama Tuhan. Semoga kita dijauhkan daripada fitnah mereka dalam beragama.

Saya berharap golongan-golongan yang arif dapat mendahulukan amalan-amalan yang sohih daripada al-Quran dan as-Sunnah di dalam masyarakat dengan pantas dan tepat supaya unsur-unsur seperti ini tidak lagi timbul. Agak malang sekiranya kita mengkaji sikap masyarakat kita dalam beragama. Mereka gemar sesuatu yang khusus dan ada unsur-unsur yang pelik dan ajaib dalam beramal. Contohnya doa dan zikir yang diajar oleh Rasulullah saw hanya memerlukan untuk dibaca pada waktu-waktu tertentu agak kurang diminati untuk diamalkan. Tetapi sekiranya zikir atau doa tersebut perlu dibaca dengan aksi-aksi tambahan seperti menghembus kiri dan kanan, membuat jurus atau ada diselitkan nama-nama tertentu seperti syeikh abdul Qadir dan bermacam-macam versi lagi, maka inilah amalan yang dipilih kerana ada unsur ’superpower’ dan agak luar biasa. Sedangkan amalan doa dan zikir yang ada unsur-unsur tambahan ini kebanyakannya tidak bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah tetapi amalan yang diwarisi turun temurun. Barangkali amalan ini bersumber daripada nenek moyang kita sebelum Islam dengan lafaz jampi dan mentera kemudian diperindah oleh golongan terkemudian dengan lafaz-lafaz arab supaya ada unsur-unsur Islam di dalamnya. Betapa kreatifnya golongan yang mereka amalan tersebut. Akhirnya hilanglah ketulenan amalan Islam yang sohih dan berlakulah campur aduk antara agama dan kepercayaan khurafat.

Pengajaran daripada peristiwa ini, hendaklah kita sentiasa berdamping dengan ilmu yang sohih bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah serta kefahaman para sahabat supaya setiap perbuatan dan amalan kita ada petunjuk yang jelas dan tepat. Ia sebagai langkah yang utuh untuk menangkis segala bentuk syubhat dan fitnah yang ditimbulkan oleh golongan musuh-musuh agama. Firman Allah :


1. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(al-hujurat : 1)



Wallahu a’lam

Monday, August 10, 2009

KEJAHATAN YAHUDI DAN KELEMAHAN KAUM MUSLIMIN


Satu-satunya agama di dunia ini yang tidak pernah menyeru dan mengajak umat manusia lain supaya menganut agama mereka sepertimana gerak kerja agama-agama di dunia adalah agama yahudi. Ini kerana, orang-orang yahudi menganggap bangsa mereka adalah pilihan Tuhan dan selain daripada mereka adalah haiwan. Agama yahudi hanya untuk bangsa yahudi dan matlamat mereka hanya satu iaitu menghapuskan semua agama dan bangsa kecuali Yahudi!! Hal tersebut jelas di dalam Kitab Talmud ( baca : Taurat yang telah ditokok tambah ) yang menjadi pegangan mereka.

Rekod kejahatan mereka dirakam jelas di dalam al-Quran dan sejarah. Mereka membunuh para anbiya, merancang pembunuhan nabi Isa a.s sehingga baginda diangkat ke langit, menyihir dan meracun Rasulullah saw sehingga Allah menyelamatkan baginda daripada kejahatan mereka, menokok tambah agama-agama wahyu sehingga hilanglah ketulenan agama dan mewujudkan aliran-aliran pemikiran baru seperti syiah ( diasaskan oleh seorang yahudi bernama Abdullah bin Saba ) yang memecahbelahkan kaum muslimin. Mereka jugalah yang membuat konspirasi jahat membuka laluan bagi tentera Mongol menyerang dan menguasai wilayah-wilayah yang makmur dibawah naungan Islam.

Sehingga sekarang, agenda Yahudi tetap diteruskan. Anak-anak mereka didoktrin supaya membenci Islam. Sehingga lirik lagu tadika turut menanam kebencian yang mendalam seperti : ” Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam.!”. Kanak-kanak mereka juga dibawa melawat ke tapak pelancaran roket tentera Israel untuk menulis “ucapan” dan “ayat-ayat cinta” pada roket-roket tersebut sebelum dilancarkan ke wilayah kaum muslimin. Matlamat mereka di Palestin adalah membina semula Solomon Temple yang terletak di bawah tapak masjid al-Aqsa. Setelah semua bangsa yahudi dari pelusuk dunia berkumpul di baitul maqdis, mereka akan menanti Messiah ( baca : Dajjal ) yang akan muncul dan memimpin mereka menghapuskan semua agama dan bangsa selain bangsa Yahudi. Inilah aqidah dan matlamat mereka!

Kejahatan yahudi yang diceritakan di dalam al-Quran jelas wujud secara REALITI sehingga sekarang. Sedangkan kehebatan, kekuatan, kesatuan dan kemenangan kaum muslimin yang diceritakan di dalam al-Quran hanya wujud sebagai ILUSI. Al-Quran tidak pernah bohong, tetapi yahudi mengkaji al-Quran dan kaum muslimin meninggalkan ajarannya. Inilah teorinya. Merujuk kepada sejarah, Yahudi pernah dikalahkan dan dihina di dalam peperangan Khaibar di utara Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah saw. Maksudnya di sini, yahudi hanya dapat dikalahkan oleh kaum muslimin yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan mengamalkan seluruh sunnah Rasulullah saw!

Malangnya, keadaan umat Islam jauh berbeza. Al-Quran sekadar dipertandingkan, dijadikan jampi dan tangkal, aksesori hantaran kahwin dan pelbagai lagi perkara yang tidak diajar oleh Rasulullah saw. Sunnah-sunnah nabi pula tidak mendapat tempat di dalam masyarakat. Petua-petua orang lama lebih ditaati dan dipatuhi walaupun ada unsur syirik dan khurafat. Mesyuarat tepi jamban lebih meriah daripada khutbah jumaat, Solat berjemaah meriah kalau ada makan-makan, kuliah agama menjadi pentas mencungkil bakat penceramah yang pandai berseloka atau berlawak jenaka. Kisah-kisah al-Quran tidak dihayati sebaik-baiknya seperti kisah nabi Nuh a.s memasak bubur ( israiliyyat : cerita-cerita dongeng orang yahudi ) lebih popular berbanding dakwahnya hampir 1000 tahun menyeru umat mentauhidkan Allah. Selagi penyakit-penyakit ini tidak diubati, yahudi tidak akan dikalahkan kerana ILUSI sampai bila-bila tidak mampu mengalahkan REALITI. Renungkanlah hadis nabi saw :

“Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka. Sahabat bertanya : “ adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?” Nabi menjawab, “ Tidak, pada ketika itu bilnagn kalian ramai namun kalian adalah seperti buih di lautan dan Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan Wahan ke dalam hati kalian. Sahabat bertanya, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati.”
( Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad )

(Artikel ini ditulis untuk Buletin JPA edisi 3/Jan 2009 )

PEPERIKSAAN : Dunia dan Akhirat


Peperiksaan”.. Satu istilah yang menyebabkan kita semua menjadi sibuk dan penat. Pelajar sibuk membuat persediaan akhir, ibu bapa barangkali sibuk juga mendoakan kejayaan anak-anak mereka, petugas peperiksaan pula sibuk menyemak jadual tugasan mengawas dan dalam masa yang sama menghitung hari untuk mengecap nikmat cuti yang agak panjang untuk kali terakhir!

Saya teringat zaman persekolahan dahulu, setiap kali kami masuk dewan peperiksaan, ustaz kami akan membaca doa : Allahumma najjahna fil imtihaanina fid dunya wal aakhirah.. ( Ya Allah, kurniakanlah kami kejayaan dalam peperiksaan kami di dunia dan di akhirat ) Doa ini ringkas tapi besar pengertiannya.

Barangkali doa ini ada dua maksud. Yang pertama untuk bangkitkan iman kami yang agak nakal pada waktu itu supaya rasa ”diawasi” Tuhan ketika menjawab soalan. Dan yang kedua, hidup kita ini sebenarnya sepanjang masa menduduki peperiksaan Tuhan! Sama ada melanggar peraturan secara sembunyi atau nyata, membuat persediaan rapi untuk menjawab soalan dan berhenti menjawab apabila masa yang ditetapkan tamat. Saya selalu berangan agar setiap manusia menghayati maksud doa ini tetapi ”memberi hidayah” tetap pekerjaan Tuhan.

Setiap amal perbuatan kita akan diberi markah ( pahala ), sama ada kita sedar atau tidak. Dan setiap perbuatan dosa akan dicatat tanpa ada yang tercicir walaupun sebesar zarah. Apabila tiba waktu kematian, kita tidak berpeluang lagi menambah markah kita kerana waktu menjawab telah tamat. Hal ini dirakamkan oleh al-Quran tentang kekecewaan manusia di akhirat nanti yang tidak memanfaatkan masa yang diberi untuk melakukan kebaikan : Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya akan segala yang kami ingkari dahulu maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin. ( as-Sajdah : 12 )

Melainkan tiga talian hayat yang tetap berterusan diberi markah sepertimana disabdakan oleh Nabi SAW : Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya. ( HR Bukhari )

Hidup kita adalah peperiksaan. Selamat menduduki peperiksaan dunia dan akhirat. Dan agak malang, kita tidak diberitahu bila waktunya ”tamat” waktu menjawab.

( artikel ini ditulis unyuk Buletin JPA edisi 2/2008 )

VAKSIN UNTUK VIRUS SOSIAL


Al-Quran merakamkan dan sejarah turut membuktikan gejala sosial terburuk di muka bumi pernah diungguli oleh masyarakat Arab Jahiliah. Mereka mensyirikkan Allah, berzina, membunuh anak perempuan, minum arak, berperang dan bermacam-macam onar yang menyalahi fitrah manusiawi. Di zaman tersebut, kerajaan Romawi dan Parsi yang memiliki bala tentera terhebat dan mampu menumbangkan mana-mana kuasa besar pun tidak berselera untuk meratah jazirah Arab kerana bimbang masyarakat Arab Jahiliah menjadi sebahagian daripada masyarakat mereka dan merosakkan imej bangsa mereka yang bertamadun.

Begitulah hinanya masyarakat Arab Jahiliah. Sehinggalah Allah membangkitkan dari kalangan mereka seorang Rasul yang menerima wahyu ( al-Quran ) yang menjelaskan peraturan Allah dan tanggunggjawab manusia. Akhirnya bangsa yang hina ini menjadi umat yang cukup hebat dan sejarah melakar kisah mereka dengan tinta emas! Mereka menyeru umat manusia supaya tidak mengabdikan diri sesama mereka tetapi mengabdikan diri kepada Allah. Kerajaan yang hebat dan Raja yang angkuh tersungkur rebah kepada mereka. Begitulah Allah memuliakan manusia.

Sekarang, rasul telah wafat. Virus Jahiliah melanda kembali. Umat Islam terpinggir dan terhina walaupun kebanyakkan mereka pemilik bumi yang kaya. Walaupun sakit, mereka menelan dengan rakus racun-racun barat yang semakin hari meratah tubuh mereka. Agama hanya menjadi warisan keturunan dan nama sahaja. Al-Quran menjadi penghias dinding dan tangkal untuk menghalau hantu. Mereka tersesat mencipta pelbagai vaksin untuk menyembuhkan diri. Macam-macam formula yang timbul sehingga ada yang sanggup mevisualkan alam kubur. Mereka buta sebenarnya, kerana vaksin terbaik dan ampuh berada di sisi mereka iaitu Tauhidullah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah! Inilah vaksin rasul merawat masyarakat Arab Jahiliah. Fikir-fikirkanlah..

( Artikel ini ditulis untuk Buletin JPA edisi 1/08 dan pernah dipaparkan dalam Majalah i bil 75/ Januari 2009 )